KENAPA PERLU CARI YANG MAHAL? SEDANGKAN MURAH DAN SELESA ADA
KENAPA PERLU CARI YANG MAHAL? SEDANGKAN MURAH DAN SELESA ADA
Adli Perlis Budget Homestay
Kami telah beroperasi sejak tahun 2011 dan hingga kini masih teguh berdiri melayani anda.
Kami menyediakan 3 unit homestay dengan harga paling murah. Lokasinya terletak sekitar bandar Kangar dan Kuala Perlis, selain itu ianya sangat strategik kerana berhampiran dengan:-
Jeti Kuala Perlis, Restoren2 Ikan Bakar yg terkenal seperti Eta Ikan Bakar, Asputra Ikan Bakar, Muzium Kota Kayang, Unimap Kampus Wang Ulu, KUIPS, Kangar Jaya (Pekan Baru),Taman Orked Lailatul Shahren.
Sesuai untuk kumpulan yang ramai dan memerlukan penginapan yg murah.
SEBUAH RUMAH, Satu bilik dan satu ruang tamu yang boleh memuatkan 10-15 pax (kelonggaran jumlah penginap)
Dilengkapi dengan dapur, peti ais dan tilam tambahan.
Berlatar belakangkan sawah padi, harumanis dan alam semulajadi.
Suasana yang tenang damai sejuk dan tanpa kebisingan kota dan kenderaan.
Sebuah Homestay yang menawarkan harga serendah RM100 semalam pada hari bekerja dan RM120 pada hujung minggu/cuti am/kelepasan/event tertentu.
Sangat sesuai untuk keluarga atau kumpulan yang besar dan budget yang kecil.
Sub kon, pekerja kontrak yang perlu tinggal lama, sering memilih homestay ini sebagai transit.
5 Km ke Kangar Jaya (Pekan Baru)
7 Km ke Jeti Kuala Perlis,
7 Km Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Caw Kuala Perlis,
9 Km Hospital Tuanku Fauziah, Kangar,
11 Km ke bandar utama Kangar, (Pekan lama).
11 Km Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
13 Km Kompleks Perumahan UniMAP Wang Ulu,
18 Km Kolej Matrikulasi Perlis, 02600 Arau, Perlis.
18 Km ke Taman Ular,Taman Anggur, Bukit Air, Perkhemahan Pengakap, Lapang Sasar Menembak Batu Pahat, Perlis
19 Km UITM Arau, 02600 Arau, Perlis.
23 Km Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
24 Km Unimap Ulu Pauh, 02500 Arau, Perlis
24 Km Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Caw Ulu Pauh
42 Km ke Padang Besar Utara.
42 Km Ke Wang Kelian, Kaki Bukit Perlis.
SEBUAH RUMAH, Mempunyai 3 bilik tidur, 2 Aircond bilik utama, 1 kipas syiling bilik, 2 bilik air, 1 ruang tamu.
Dapur yg lengkap, Mesin basuh, Iron, Porch kereta
Kejiranan yg baik
Terletak ditempat strategik iaitu Kangar Jaya, bandar kedua perlis
Homestay Taman menawarkan harga RM150 pada hari bekerja, RM170 semalam pada hujung minggu/kelepasan/cuti am, cuti umum, event2 tertentu.
6 Km ke bandar utama Kangar, Pekan lama
6 Km Hospital Tuanku Fauziah
7 Km ke Jeti Kuala Perlis, Restoren Ikan Bakar
8 Km Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,
15 Km Kolej Matrikulasi Perlis, 02600 Arau, Perlis.
15 Km ke Taman ular,Taman Anggur, Bukit Air, Lapang Sasar
Menembak Batu Pahat, Perlis.
16 Km Uitm Arau, 02600 Arau, Perlis.
20 Km Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
39 Km ke Padang Besar Utara.
39 Km Ke Wang Kelian, Kaki Bukit perlis
Berlatarbelakangkan dusun buah-buahan
Sebuah rumah dusun 2 tingkat dilengkapi dengan kemudahan kolam mandi dan air terjun di kawasan persendirian
Pengunjung boleh menikmati buah-buahan pada bulan 6, 7 dan 8 dengan bayaran yang ditetapkan.
Sebuah rumah dusun yang menawarkan harga serendah RM150 Untuk 3 HARI 2 MALAM pada hujung minggu. nah korang duduklah puas2 camping.
Sesuai utk pengunjung yang inginkan alam semula jadi dan perkhemahan.
MAKLUMAT DIRI: Penginap hendaklah mengisi link TEMPAHAN HOMESTAY atau link MAKLUMAT PENGINAP untuk tujuan rekod. Rekod ini adalah sulit dan hanya sebagai rujukan pemilik homestay.
BAYARAN : Pembayaran penuh perlu dijelaskan semasa daftar masuk Homestay. Bayaran boleh secara online ( 7609806793 CIMB Abd Rahman Yaacob) atau cash. Sekiranya pelanggan ingin menyambung tempoh penginapan, bayaran tambahan perlu dijelaskan terlebih dahulu.
DAFTAR MASUK/KELUAR : Waktu biasa untuk daftar masuk Homestay adalah pada jam 2 petang ke atas dan daftar keluar adalah pada 12 tengah hari. Daftar masuk awal dan daftar keluar lewat adalah bergantung kepada kekosongan.
BARANGAN LARANGAN: Tidak dibenarkan membawa arak, makanan tidak halal, dadah atau apa jua barangan larangan yang salah di sisi undang-undang ke dalam homestay.
SAMPAH: Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
MEROKOK: Bagi tujuan keselamatan dan kebersihan, merokok adalah dilarang di dalam homestay. Penginap hanya dibenarkan merokok di luar homestay.
MEMASAK DAN IRON: Bagi tujuan keselamatan, memasak dan pemberian Iron adalah atas permintaan pelanggan sahaja.
KESELAMATAN: Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan Homestay dan barang-barang yang disediakan di dalam Homestay semasa anda menginap di sini. Jika anda keluar meninggalkan Homestay atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu dan tingkap. Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan barang anda sendiri. Pihak chalet tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan barang kepunyaan anda. Sepanjang anda berada di sini, keselamatan anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Pihak Homestay tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kecederaan/kemalangan sepanjang anda menginap di sini.
KENDERAAN: Kenderaan anda boleh diparking di tempat letak kenderaan yang disediakan oleh pihak pengurusan Homestay. Jika berlaku kecurian/kerosakan adalah tanggungjawab anda sendiri.
ELEKTRIK: Semua suis elektrik hendaklah ditutup selepas digunakan atau ketika keluar dari Homestay.
KETENTERAMAN: Tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu ketenteraman penghuni-penghuni berdekatan. Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar Homestay agar tidak mengganggu penghuni lain.
KECURIAN: Tetamu yang menginap di sini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam Homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakkan, pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
BARANGAN: Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam unit bilik tanpa kebenaran pihak pengurusan Homestay.
KEROSAKAN/GANTI RUGI: Sebarang kerosakan atau kehilangan barangan atau mana-mana yang berkaitan dengan fasiliti atau kelengkapan perkhidmatan adalah menjadi tanggungjawab dan perlulah diganti rugi oleh pelanggan sekiranya perlu / berkenaan mengikut harga semasa.