Politeknik Malaysia merupakan institusi pendidikan tinggi teknikal dan vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang menawarkan program serta latihan berasaskan kemahiran untuk memenuhi keperluan industri. Dengan lebih 30 politeknik di seluruh negara, institusi ini menyediakan laluan pembelajaran yang praktikal, berfokus kepada kerja, dan menekankan penguasaan teknologi, inovasi serta kompetensi profesional. Politeknik Malaysia memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti, berdaya saing, dan bersedia untuk pasaran kerja masa kini serta masa hadapan.
“PSAS menyediakan ekosistem bilik PdP berteknologi tinggi yang menyokong pembelajaran aktif, kreatif dan bersifat masa depan. TeCC 2.0 menawarkan ruang kolaborasi fleksibel berasaskan amalan flipped classroom dengan sokongan pelbagai web tools untuk aktiviti interaktif. TeCC 4.0 pula membuka pengalaman pembelajaran imersif maya melalui penggunaan realiti maya dan simulasi digital yang memberi pendedahan lebih mendalam dan realistik. Melengkapkan kemudahan ini, Hybrid Classroom membolehkan pengajaran dijalankan secara serentak kepada pelajar fizikal dan dalam talian, memastikan akses pembelajaran yang lancar, inklusif dan tanpa batas.”