Peserta diberi masa LIMA (5 minit) untuk pidato bahagian pertama, dan TIGA (3 minit) untuk pidato bahagian kedua.
Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit ) sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi kategori spontan.
Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.
Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.
Peserta pidato dikehendaki menggunakan pakaian seragam sekolah/blazer/pakaian kebangsaan.
Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.