https://drive.google.com/file/d/1rWHHq1gSvXRFkGg6fg16RkcR_9c_zaTw/view?usp=sharing
Rakaman Sesi Penataran kepada Guru - Dokumen Kompetensi Guru Bidang STEM & Standard Guru Malaysia 2.0. Bertarikh 25 Mac 2024 pukul 2.30 - 3.30 petang. Sebagai rujukan bersama. TQ
Slideshow:
https://drive.google.com/file/d/16pXTQKhUzJPfCyP33dvb7mfaQ70H3SaR/view?usp=sharing
Rakaman Sesi Taklimat dan Bimbingan kepada Penyelaras Penyelaras STEM / PBL STEM. Bertarikh 8 Mei 2024 pukul 2.30 - 3.30 petang. Sebagai rujukan bersama. TQ
Slideshow:
https://drive.google.com/file/d/1tmzjeEGe_YDYgWXm-nrWL2IPPtXqN2Pf/view?usp=drivesdk
Rakaman Sesi Hebahan dan Taklimat Karnival PBL STEM Bersepadu TS25 sempena Pesta Daro 2024. Bertarikh 8 Ogos 2024 pukul 10.00 pagi. Sebagai rujukan bersama. TQ
Slideshow:
Sesi disampaikan oleh JPN Sarawak kepada Semua PPD pada 17 Mei 2024 (Jumaat) yang lepas secara Google Meet. Saya kongsikan dapatan dan input penting hasil SLU tersebut sebagai rujukan, perhatian dan tindakan bersama. Boleh rujuk slideshow sebelah ini. TQ
Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Je'ulo Telo.
Kepada: Guru Bidang STEM Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Per: PERMOHONAN PERUNTUKAN UNTUK PROGRAM PEMBUDAYAAN STEM
Surat no. Ruj: JPNSW(SPb).600-3/4/4Jld.6 adalah dirujuk (seperti yang dilampirkan).
Sukacita dimaklumkan Yang Berhormat (YB) Menteri Pendidikan dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 pada 19 Januari 2024, telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 ribu kepada 10 sekolah terpilih.
Sehubungan dengan itu, guru bidang STEM dari setiap sekolah adalah dipelawa untuk mengemukakan cadangan program yang bersesuaian bagi menyertai dan melaksanakan projek rintis sekolah pembudayaan STEM.
Pautan dokumen borang permohonan:
https://drive.google.com/drive/folders/1zlS7itpAOfj96A6rpEF4Jfa8l0sIc1uO
- borang ini perlulah dicetak, ditandatangan dan dihantar ke PPD Daro (u.p. Encik Mohammad Zulfadli bin Seddek)
Satu salinan borang yang lengkap berbentuk softcopy (menggunakan mesin pengimbas atau CamScanner) juga hendaklah dihantar pada pautan berikut:
https://forms.gle/5vTqyu5ssRidTg4s7
Link semakan - penghantaran borang yang lengkap berbentuk softcopy:
https://docs.google.com/spreadsheets/d/11uiFt8XvKI7t98LOIYwiYbPcZ3szQ25URZWPF9-Fq7M/edit?usp=sharing
Segala tindakan tersebut hendaklah selesai pada atau sebelum 15 April 2024 (Isnin).
Pegawai yang bertanggungjawab untuk perkara tersebut ialah Mohammad Zulfadli bin Seddek yang boleh dihubungi di talian 014-8917925.
Perhatian dan tindakan pantas semua amatlah dihargai.
Terima kasih!
MOHAMMAD ZULFADLI BIN SEDDEK
SISC+ SAINS DAN MATEMATIK
UNIT PENGUPAYAAN AKADEMIK, SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO
05.04.2024