WBL merupakan satu subset pembelajaran di tempat kerja. WBL merujuk secara khusus kepada pencapaian 'hasil pembelajaran yang dirancang' yang diperoleh daripada pengalaman melaksanakan peranan atau fungsi kerja. Ia melibatkan refleksi sedar terhadap pengalaman sebenar. Kurikulum WBL perlu memenuhi keperluan kedua-dua PPT dan industri yang dirancang, disampaikan dan ditaksir bersama.
Work Based Learning (WBL) atau Pembelajaran Berasaskan Kerja adalah satu pendekatan yang telah dilaksanakan secara meluas dan telah mendapat tempat di dalam bidang pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (TVET) di semua peringkat pengajian. Pendekatan WBL telah mula diperkenalkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada tahun 2007 bagi program diploma. Pada tahun 2024 pendekatan ini telah dikembangkan ke program pengajian peringkat diploma di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.
Berkenaan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual: KLIK DI SINI
Objektif dan Tujuan WBL
Objektif WBL adalah untuk pelajar membangunkan kemahiran dan pengetahuan khusus industri dari persekitaran tempat kerja yang akan membantu mereka mencapai hasil pembelajaran program atau unit pengajian mereka.
Tujuan WBL adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan menambahbaikkan kurikulum dalam menghasilkan graduan politeknik yang berkualiti dan memenuhi kehendak industri.
Cuti Pelajar WBL
Sebarang cuti pelajar semasa menjalani WBL adalah tertakluk kepada KELULUSAN daripada PIHAK INDUSTRI. Pelajar dikehendaki untuk memaklumkan kepada pihak politeknik berkenaan cuti yang diambil semasa menjalani WBL.
Kerangka WBL