Rubrik adalah alat penskoran yang mengandungi senarai kriteria atau standard tanda aras dan digunakan untuk pemberian skor/gred bagi tugasan pentaksiran atau hasil pembelajaran. Ia memerihalkan kualiti prestasi bagi setiap gred bermula daripada kualiti terbaik hingga kualiti yang munasabah dan seterusnya kualiti yang amat rendah untuk setiap kriteria atau hasil pembelajaran. Pemerihal ini dapat membantu dan memandu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekurangan hasil kerja atau tugasan mereka sementara untuk staf akademik pula ia meyakinkan mereka amalan yang adil dalam menskor dan memberi gred kepada hasil pelajar.
Sumber: Garis Panduan Amalan Baik - Pembinaan Rubrik