HAKCIPTA
Hak cipta adalah perlindungan yang diberikan kepada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987.
PAUTAN UNTUK BORANG HAKCIPTA: https://www.myipo.gov.my/ms/borang-dan-bayaran-hak-cipta/
PATEN/PERBAHARUAN UTILITI
Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta, sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.
Perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta kecil yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapat paten.
CAP DAGANGAN
Cap Dagangan ertinya apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.
Tanda termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, lable, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungannya.
Cap Kolektif adalah suatu tanda yang menunjukkan barang-barang atau perkhidmatan anggota persatuan yang merupakan tuan punya cap kolektif daripada perusahaan yang lain.
Cap perakuan adalah suatu tanda yang membezakan barang-barang atau perkhidmatan dengan tanda itu hendaklah digunakan adalah diperaku oleh tuan punya cap perakuan berkenaan dengan tempat asal, bahan, cara pengilangan barang-barang atau pelaksanaan perkhidmatan, kualiti, ketepatan atau ciri-ciri lain.
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN
Reka Bentuk Perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata.
PETUNJUK GEOGRAFI
Petunjuk geografi adalah tanda yg digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan.
REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU
Rekabentuk susun atur litar bersepadu adalah suatu susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang mengandungi sebahagian atau semua unsur-unsur hubungan litar bersepadu atau keseluruhan susunan tiga dimensi disediakan untuk tujuan persediaan bagi proses perkilangan.
Klinik Asas Harta Intelek
Penyelaras Harta Intelek PPD
Deenesh Kumar a/l Nalathambi - 0162184308
Penyelaras Harta Intelek di Jabatan
Jabatan Kejuruteraan Awam : Dr. Mohan Kumar A/L Manikam - 0126649672
Jabatan Kejuruteraan Elektrik : Norhazree Bin Easa - 0136373063
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal : Mohd Jalil bin Ahmad - 0123656705
Jabatan Perdagangan : Ahmad Sukhimi b. Mohamad Khidzir - 0104001638
Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer : Syafarizan binti Nasroddin - 0197700524
Jabatan Pengajian Am : Nur Khamsiah bt Adan - 01114043578