Jurnal Amalan Pengajaran dan Penyelidikan Lestari (Journal of Teaching Practices and Sustainable Research), JAPPeL adalah jurnal peer-review yang diterbitkan oleh Politeknik Port Dickson (PPD) dan dikendalikan oleh R&D Jabatan Kejuruteraan Awam, PPD dengan kerjasama UPIK, PPD.

JAPPeL diterbitkan mengikut tahun atau Volume (bilangan penerbitan bergantung kepada jumlah artikel setiap 3-4 bulan sekali dengan minimum 3 artikel). JAPPeL merangkumi semua aspek pengajaran yang dipraktikkan dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam persekitaran teknikal dan vokasional, serta bidang yang berkaitan. Ia merangkumi perubahan dalam konteks polisi, kurikulum, ko-kurikulum, ekstra-kurikulum, amalan pengajaran dan pembelajaran, dan pentaksiran. Selain itu, JAPPeL juga merangkumi penyelidikan berkaitan Agenda Pembangunan Lestari 2030 melalui 17 matlamat pembangunan lestari yang diperkenalkan pada September 2015.  JAPPeL bertindak sebagai ruang untuk penerbitan penyelidikan, pengembangan teori, laporan artikel/buku, ulasan mengenai isu-isu semasa dalam bidang PdP serta penyelidikan lestari.