PENERBITAN: 21 NOVEMBER 2025
JAPPeL VOL. 3 NO. 3
Panggilan kertas untuk penerbitan JAPPeL 2026 V4 bil. 1 bulan MAC telah dibuka. Sila email kepada jappelppd@gmail.com
PENERBITAN: 21 NOVEMBER 2025
JAPPeL VOL. 3 NO. 3
JAPPeL Bilangan 3 Tahun 2025 menghimpunkan rangkaian penyelidikan ilmiah yang merentas pelbagai disiplin TVET, pendidikan, teknologi pintar serta pembangunan lestari. Edisi ini merupakan edisi khas penutup tahun yang turut merakamkan kerjasama strategik dan rapat bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam proses menaik taraf artikel terpilih hasil pembentangan di platform Smart Technology and Sustainability International Conference (STSIC) kepada penerbitan jurnal penuh. Usaha kolaboratif ini bukan sahaja memperkukuh kualiti penerbitan, malah memperluas jaringan akademik antara Politeknik Malaysia dan universiti penyelidikan. Artikel-artikel dalam edisi ini menampilkan penyelidikan berkaitan nilai profesionalisme dalam pendidikan TVET, fisikokimia produk minuman berinovasi, serta analisis pengaruh media sosial terhadap pembelian produk hijau dalam kalangan generasi muda. Turut diketengahkan ialah kajian berhubung kesediaan pelajar TVET mengadaptasi teknologi 5D BIM dan penilaian kualiti struktur konkrit bangunan terbakar menggunakan kaedah ujian tanpa musnah. Dimensi pembangunan pelajar turut diperluas melalui penyelidikan mengenai motivasi keusahawanan serta perspektif pelajar IT terhadap impak kecerdasan buatan (AI) dalam pembangunan perisian. Edisi ini dilengkapkan dengan kajian inovasi Ecobloom Bamboo Tower, yang menggabungkan reka bentuk lestari dan realiti maya sebagai pendekatan baharu pembangunan infrastruktur bandar. Secara keseluruhan, JAPPeL 2025 Bilangan 3 mempersembahkan wacana ilmiah yang kaya, berwibawa dan relevan dengan keperluan semasa TVET dan masyarakat. Dengan kerjasama strategik UKM melalui STSIC, edisi ini terus memperkukuh kedudukan JAPPeL sebagai platform rujukan ilmiah yang mempromosikan penyelidikan berimpak, inovasi teknologi dan pembangunan lestari. Edisi ini diharapkan menjadi inspirasi kepada pembaca serta pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan berkualiti tinggi pada masa hadapan.
KANDUNGAN
ARTIKEL
HALAMAN
NOR AISHAH BINTI ISMAIL, DIANA FAZLINI BINTI MUKHLIS, NUR ARINA SAFIRAH BINTI MOHD HASNI, NUR AFRAH ALDEENA BINTI AHMAD FAZLI, SITI NASUHA BINTI MOHAMAD ZAMRI
09-22
HADIJAH BINTI KODIRON, SHAMEIRA BINTI MD APANDI, NAZARUDDIN BIN MOHTARAM
23-36
TVET Students' Readiness in Adopting 5D BIM Based on the UTAUT-TOE Framework
SUHAIZAM BIN ROSLI @ SHUIB, WAN NUR SYAZWANI WAN MOHAMAD, IRWAN MOHAMMAD ALI
37-47
Kajian Kualiti Struktur Konkrit Bangunan Terbakar Menggunakan Kaedah Ujian Tanpa Musnah UPV
NORRIZAH BINTI ABD WAHAB, NIK NOR ASIMA BINTI ARIFFIN, NORAZLIZA BINTI MOHD SALLEH
48-54
Motivasi Keusahawanan Pelajar: Kajian Terhadap Pengaruh Kecekapan Diri dan Sokongan Sosial
NOR LAILIHUDA BINTI ISMAIL, FARA ADURA BINTI MOHD YUSOFF, SUHANA BINTI MOHD JAMIL
55-66
HASLINA BINTI HASSAN, NUR AMIN BIN ABD RAHIM, NURUL DAYANA BINTI MOHD DAZID
67-74
JULIA BINTI MD. TUKIRAN, ZIAD AQASHAH BIN MD ZAID, ZULAFIF IZHAM BIN TAHIR
75-86
PENERBITAN: 21 OCTOBER 2025
JAPPeL VOL. 3 NO. 2
JAPPeL V3 Bil. 2 (2025) menampilkan 13 penulisan ilmiah yang memperlihatkan keutuhan kreativiti dan keilmuan warga Politeknik Malaysia dalam mengintegrasikan inovasi teknologi, pedagogi dan kelestarian. Edisi ini membuka dengan kajian tentang model pembelajaran digital bersepadu SketchUp dalam pendidikan seni bina TVET, diikuti penyelidikan keberkesanan Smart Machintosh Probe Jack dalam ujian tanah serta analisis cabaran dan strategi pensyarah Pendidikan Islam dalam melaksanakan pengajaran berkesan. Siri artikel seterusnya memperkenalkan pelbagai reka bentuk dan pembangunan sistem pintar berasaskan Arduino dan IoT, termasuk lampu automatik, penyiram tanaman, pengesan alkohol minyak wangi, kipas pintar, sistem penggera pemandu mengantuk, mesin lipat pakaian automatik, serta tong pengasing sisa lestari. Turut diketengahkan ialah pembangunan aplikasi MIT App Inventor dan Kodular Programming bagi pengajaran pengaturcaraan di peringkat pengajian tinggi. Secara keseluruhan, edisi ini mencerminkan aspirasi JAPPeL dalam menyokong TVET inovatif dan berteraskan kelestarian, seiring dengan agenda transformasi pendidikan digital negara. Kesemua penulisan dalam edisi ini mencerminkan komitmen tinggi para penyelidik dalam memperkaya khazanah ilmu serta memperkukuh amalan pengajaran dan penyelidikan berimpak di Politeknik Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pengkaji, penulis dan penyemak atas sumbangan ilmu yang bernilai, serta ucapan terima kasih kepada para pembaca yang terus menyokong dan menghargai perkongsian pengetahuan ini. Diharapkan setiap hasil penyelidikan yang dikongsikan mampu menjadi inspirasi, rujukan dan pemangkin kepada inovasi baharu dalam dunia pendidikan TVET yang lestari dan berdaya saing.
ARTIKEL
HALAMAN
Model Pembelajaran Digital Bersepadu Sketchup Dalam Pendidikan Seni Bina TVET
NORLIZA BINTI JOHAN & ZANARIAH BINTI KASIM
01-09
Kajian Keberkesanan Smart Machintosh Probe Jack dalam Ujian Tanah Di Politeknik Port Dickson
NORAZIELA MOKHTAR, SITI NORAAIN HARUN & HANIZATUL NATASHA HASHIM
10-24
RIBHAN BINTI IBRAHIM & NORHAFIZAH BINTI MOHD GHAZALI
25-36
Design and Development of a Smart Lamp Detector Using Arduino Uno
NOR DAMSYIK BINTI MOHD SAID, LIAN AI CHEN AND AMIRUL HAIKAL BIN AHMAD NASIR
37-47
Design and Development of an Automatic Clothes Folding Machine
NOR DAMSYIK BINTI MOHD SAID, SUHAILI BINTI ESMON AND MEGAT HAZIQ ALIF HAIKAL BIN MEGAT SAMSUDIN
48-57
Design and Development of an Automatic Watering Plant Using Arduino Uno
NOR DAMSYIK BINTI MOHD SAID, FAZLINA BINTI YUNUS AND WAN NUR AMALIN SOFIA BINTI WAN MOHD NIZAM
58-66
Development of a Fundamental Programming App for Higher Education Learning Using MIT App Inventor 2
NOR DAMSYIK BINTI MOHD SAID, NORLIDA BINTI SHAARI AND NOR SIFEKAH BINTI FAUZIE
67-75
Development Embedded System App for Higher Education Using Kodular Programming
NOR DAMSYIK BINTI MOHD SAID, RASHIDAH BINTI LIP AND BRENDA DEBRA IGNATIUS
76-85
Design and Development of a Perfume Alcohol Detector
NOR DAMSYIK BINTI MOHD SAID, CAROLINE DAME SIAGIAN AND FATINI JAZILAH BINTI JAUHARI
86-96
NOR DAMSYIK BINTI MOHD SAID, NURFADZLINA BINTI MOHD ROZI AND NURKHOLIQ BIN SAMMAN
97-106
Design and Development of an Automated IOT Smart Fan Using a Digital Temperature Sensor
NOR DAMSYIK BINTI MOHD SAID, CHIANG YOKE YEN AND ASHRAF HAZIQ BIN ASMADI
107-117
Design and Development of an Intelligent Alerting System for Early Detection of Driver Drowsiness
NOR DAMSYIK BINTI MOHD SAID, MOHD SALLEHIN BIN ABAS AND MUHAMAD HAFIZ BIN LAMIRAN
118-127
NORLIDA BINTI SHAARI, NOR DAMSYIK BINTI MOHD SAID AND MUHAMMAD AZRI BIN SUFFIAN
128-141
PENERBITAN: 08 MEI 2025
JAPPeL VOL. 3 NO. 1
Penerbitan Jurnal Amalan Pengajaran dan Penyelidikan Lestari (JAPPeL) bagi tahun 2025, kali ketiga bilangan pertama, mencerminkan komitmen berterusan institusi dalam memperkukuh budaya penyelidikan, penulisan akademik dan pengajaran lestari. Edisi kali ini memuatkan pelbagai hasil penyelidikan merentas bidang, yang menyentuh aspek pembangunan mampan, teknologi pintar dan kesejahteraan komuniti, sekali gus sejajar dengan aspirasi nasional dan global ke arah inovasi dan impak sosial yang lebih meluas. Dalam menghasilkan jurnal ini, pelbagai cabaran telah ditempuh, termasuklah keperluan menjaga mutu kandungan, kesukaran mendapatkan data primer yang autentik, serta memastikan setiap penulisan memenuhi garis panduan etika dan akademik yang tinggi. Proses semakan berwasit serta pengurusan editorial yang teliti memerlukan dedikasi dan kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat.
Pihak editorial merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penulis dan penyelidik yang telah menjayakan penerbitan kali ini. Sumbangan artikel-artikel berkualiti dan perkongsian kajian bukan sahaja memperkayakan wacana ilmiah, tetapi juga secara langsung menyumbang kepada pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) institusi, khususnya dalam aspek penerbitan berimpak, kolaborasi akademik dan pengiktirafan kecemerlangan penyelidikan di peringkat lebih tinggi. JAPPeL akan terus komited untuk menjadi wadah ilmu yang inklusif, lestari dan progresif demi menyokong penghasilan karya ilmiah yang relevan serta memberi impak kepada komuniti akademik dan masyarakat secara keseluruhan. Semoga jurnal ini terus menjadi inspirasi kepada para penyelidik dan pendidik dalam menghasilkan pengetahuan yang bermakna untuk masa depan negara.
KANDUNGAN
ARTIKEL
HALAMAN
Impak Pembangunan Guna Tanah terhadap Aliran Trafik dan Kitaran Masa Lampu Isyarat
NURUL QAMAR BIN HAZNI, SURIAH BINTI MOHAMAD, & AMRAN BIN ASAN
01-10
A Smart Rainfall Forecasting Pro: An Integrated IoT & Touch Sensor System Enhancing
RUSLAWATI ABDUL WAHAB, FAHRURRAZI MAHYUN, TENGKU JULIANI TENGKU MAMAT, ALEEYA SOFEA ROSLI ABDULLAH, WAN AHMAD DANISH WAN AZWADY, & ASVIN MOHAMMAD ERVEEN ASPINO
11-20
TENGKU JULIANI TENGKU MAMAT, RUSLAWATI ABDUL WAHAB, FAHRURRAZI MAHYUN, ALYA SABIHAH MOHD RIZAL, SYARIFAH HUMAI’RA SYED IDROS, & MUHAMMAD SYAH ZULKEFLI
21-33
SARINAH BINTI ALI, SITI HARNI BINTI ZAINAL & ERITA MAZWIN BINTI MAZLAN
34- 45
PENERBITAN: 03 DISEMBER 2024
JAPPeL VOL. 2 NO. 3
Dalam keluaran kali ini, artikel terpilih menyajikan topik kajian yang relevan dengan cabaran semasa telah diketengahkan. Artikel pertama adalah sistem inovasi dalam pengurusan kualiti udara tapak pembinaan. Reka bentuknya mudah alih menjadikan ia mobiliti dalam pelbagai persekitaran pembinaan. Dengan pelbagai kemudahan produk ini berpotensi mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan kos operasi yang rendah untuk penawaran faedah komersial yang besar. Artikel ini juga menggariskan langkah-langkah praktikal dan teknologi terkini untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif. Selain itu, kami juga menampilkan perbincangan mengenai amalan terbaik dalam pembelajaran digital, yang sangat bertepatan dengan transformasi pendidikan era moden. Penyelidikan ini menawarkan panduan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran digital, terutama dalam konteks pembelajaran jarak jauh dan dalam talian yang semakin menjadi kebiasaan. Seterusnya fokus kajian yang tidak kurang pentingnya ialah pengurusan sisa minyak, telah memberi tumpuan kepada kaedah inovatif dan lestari dalam menangani sisa minyak, termasuk penggunaan bahan buangan seperti sabut kelapa untuk menapis minyak. Penemuan ini bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian alam sekitar tetapi juga memperkukuhkan matlamat pembangunan mampan (SDG).
KANDUNGAN
ARTIKEL
HALAMAN
Portable Dust Remover for Construction Sites: Improving Air Quality and Worker Safety
LAKSHMI A/P DEVADASS, RAVIN A/L RAMESH, RUGENTIRAN A/L SIVAM, MOHD FIRHAN BIN ANUAR & ZURAIDAH BINTI AHMAD
01-10
Kesediaan Pengajar Mengintegrasikan Pengajaran dan Pembelajaran Digital di Politeknik
ROSMILAWATI BINTI AB RAHMAN, CHE AZLINA BINTI CHE NOROHOSENI & MASNORA BINTI HAJI SEPIKUN
11-25
The Study of Cooking Oil Filter, Cocotrap, A Method to Dispose and Its Impact
RUSLAWATI ABDUL WAHAB, TAARANESHWARY A/P SARAVANAN, MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHD SYAHRIMAN & KUMARESH A/L SIVA KUMAR
26-36
PENERBITAN: 15 JUN 2024
JAPPeL VOL. 2 NO. 2
Artikel bagi penerbitan JAPPeL tahun 2024 kali ke 2 mengandungi kajian menarik, di antaranya ialah kajian potensi tumbuhan Mimosa Sp. sebagai anestetik ikan dalam bentuk serbuk. Penelitian ini penting untuk mengembangkan kaedah yang lebih lestari dan mesra bagi industri perikanan. Artikel kedua membahaskan kesan penerapan penetapan markah lulus peperiksaan akhir sebanyak 20% bagi kursus Termodinamik. Hasil kajian memberikan wawasan baru dalam penilaian akademik dan seterusnya peningkatan kualiti Pendidikan TVET. Penyelidikan seterusnya berkaitan dengan keberkesanan alat yang ditambahbaik iaitu Auto Refill Mortar Tool Rattle Screed (Armtres) dalam proses aktiviti pembinaan yang digunakan di bengkel atau di tapak pembinaan. Artikel ke empat mengkaji penilaian inovasi alat bantu mengajar (ABM) dalam kursus peralatan proses loji bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia). Kajian ABM ini dapat dijadikan panduan idea berkesan dan memberi impak yang tinggi kepada pelajar dalam memahami pembelajaran praktikal mereka. Seterusnya kajian model ramalan hujan menerbitkan model polinomial menggunakan data semasa cerapan permukaan. Kertas kajian tersebut boleh dijadikan input ilmu daripada aspek teori, konsep dan kajian terkini dalam disiplin model ramalan hidrologi dan kejuruteraan lain. Artikel seterusnya adalah kajian hubungan kecenderungan, kesediaan dan kesedaran pelajar terhadap program pengajian fleksibel yang ditawarkan di politeknik dan kolej komuniti. Kajian tersebut memberi input baharu bagi penambahbaikan dalam pengurusan pelanggan dan program tersebut. Perkongsian semua artikel-artikel ini diharapkan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam kajian-kajian semasa dan cadangan kajian untuk dikembangkan dalam proses menambah baik secara berterusan teknik penulisan, idea inovasi serta pengajaran dan pembelajaran yang lestari untuk menghasilkan pelajar yang holistik, berkemahiran tinggi serta mampu berdaya saing di dalam alam pekerjaan dan industri. Semoga penerbitan kali ini dapat membantu memotivasi dan merealisasikan prestasi institusi ke pencapaian yang lebih gemilang.
KANDUNGAN
ARTIKEL
HALAMAN
The Potential of Mimosa Sp. as Powdered Plant- Based Fish Anesthetic
TOMMY JULIAN, JAYRONNA T. JOHNNY & WEIL DE JORDAN LIBUMBUN
01-09
Implikasi Pelaksanaan Penetapan Markah Lulus Peperiksaan Akhir 20% bagi Kursus Thermodynamics
SHAIFATULNAÍM SHAMSUDDIN1, SITI HAJAR MOHD NOH & MOHD ASYRAF MD JUNOS
10-17
Kajian Keberkesanan Auto Refill Mortar Tool Rattle Screed (Armtres)
NORAZIELA MOKHTAR, AZIZAH TUKIMAN, NURUL ZUHAIRAH MUSADDIN & AMIRAH ILYANA ZAMRI
18-25
MUHAMMAD ARIFFIN RAYA, HAIRMAN OMAR & MOHD FADLI KAMBAS
26-46
ADLEENA ADHA ABDUL MUA'AIN, NURUL ASHIKIN ABD SAMAD & HASNIDA IBRAHIM
59-70
PENERBITAN: 03 MAC 2024
JAPPeL VOL. 2 NO. 1
Artikel bagi penerbitan JAPPeL tahun 2024 kali ini membincangkan pelbagai aspek keselamatan dan meningkatkan kualiti hidup. Para penyelidik kali ini telah mempelopori inovasi dan kajian yang merangkumi aspek penggunaan sisa kitar semula tayar getah, kualiti udara, dan sistem amaran banjir. Dalam aspek kitar semula sisa, kajian menumpukan kepada penambahbaikan proses kitar semula untuk mengurangkan impak persekitaran dan memaksimumkan kecekapan. Bagi kualiti udara, fokus kajian diberikan menggunakan inovasi tumbuhan bagi peningkatan kualiti udara di ruang makmal. Sistem amaran banjir pula bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan amaran dan kesediaan masyarakat menghadapi ancaman banjir. Selain itu artikel kali ini berkongsi idea dan produk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, kajian kesedaran kesihatan awam, dan kajian kualiti masa bagi pengangkutan awam. JAPPeL amat mengiktiraf kepelbagaian aspek ini dalam perkongsian dan sumbangan yang bermakna kepada pemahaman dan penyelesaian isu-isu di dalam institusi mahupun di luar bersama komuniti. Semoga kajian-kajian ini akan membawa manfaat dan impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar secara menyeluruh.
KANDUNGAN
ARTIKEL
HALAMAN
Innovative Utilization of Recycled Rubber Waste in Construction: A Global Bibliometric Analysis
MOHD RASHID ZAKARIA, RUFAIZAL CHE MAMAT, AND AZUIN RAMLI
01-11
Development of Elongation Index Test Kit
NURFAZILAH BINTI MAT SALLEH, AZAH BINTI ABAS, AND NURUL SAIDATUL FITRI BINTI MOHD ZAMRI
12-22
The Awareness Animated Public Service Announcement (PSA) on Health Food Campaign
SITI IZANI BINTI IDRIS, MOHD FAIRUZ BIN OTHMAN AND MOHAMMAD SHAHIRAN BIN SALIM
23-30
The Effectiveness of Accessing Time of Express Bus Services on the Kajang to Machang Route
NUR SAKINAH BINTI SAZALI, MOHD ZAIDI CHE MOD, MUHAMAD RAZUHANAFI MAT YAZID
31-42
Enhancing Indoor Air Quality with Portable Green Living Partition
AIN NATASHA BINTI AHMAN1, ADIB HAIKAL BIN KHAMIZAN, ADIBAH BINTI ISMAIL, MUHAMMAD FARHAN AKID BIN SHAHRUM, AND ZURAIDAH BINTI AHMAD
43-52
Penggunaan M-Pembelajaran dalam Kursus Pendidikan Islam di Institusi TVET
RADEN SITI HAWA RADIN MOKHTAR, MUNIRAH HAYATI ABD HALIM, MARYAM SHAHIDAH HASNI DAN MOHAMMAD NAIM ABDULLAH
53-64
The Study of Flood Alert (Flert) Systems Using Thunkable and Sound Sensor
RUSLAWATI ABDUL WAHAB, FAHRURRAZI MAHYUN, NUR NAJLAA SYAZA BINTI JA’AFAR, NUR AQILAH BINTI KHAIDER, NAJWA BINTI GHAZALI AND NUR IRDINA IZZATI BINTI MOHD NOOR
65-72
PENERBITAN: 30 MAC 2023
JAPPeL VOL 1 NO 1
JAPPeL edisi ini menampilkan artikel terpilih yang telah dibentangkan dalam ICrIPE2023 (3rd International Creative and Innovative Product Exhibition) yang telah berlangsung pada 17 Februari 2023. Artikel-artikel yang diterbitkan pada edisi ini telah membincangkan cabaran pengajaran dan pembelajaran semasa tempoh pandemik Covid-19, penghasilan bahan bantu mengajar, penyelidikan dalam bidang kejuruteraan jalan raya, sistem penyejuk penyejat, serta penggunaan IoT dalam kawalan serangga perosak. Kita percaya bahawa amalan pengajaran dan inovasi yang berkesan adalah berasaskan kaedah penyelidikan dan berasaskan bukti. Sebagai pendidik, kita semua berkongsi matlamat yang sama, iaitu untuk menyediakan pelajar dengan pendidikan yang terbaik dan menyediakan mereka untuk berjaya dalam kerjaya masa depan mereka. Dengan berkongsi amalan pengajaran dan penyelidikan lestari, para pendidik boleh belajar daripada satu sama lain dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk pelajar.
KANDUNGAN
ARTIKEL
HALAMAN
SITI YUSNIDA BINTI MOHD YUSOF DAN SHAIROZI BIN HASHIM
01-11
The Effect of Service Quality on Customer Satisfaction: Ride-Hailing Service in Klang Valley
AZURA BINTI MOHD SALLEH, NURFADILLAH BINTI AHMAD MAHMMUD & HASNI BINTI HASHIM
12-18
ZULKURNAIN BIN HASSAN, MUHAMMAD ALIF HAKIMI BIN ROSMI DAN MUHAMAD IHTISHAH IKHWAN BIN NOORHISHAM
19-28
Effects of IOT Pest Control for Zea Mays Growth
MD RAZAK BIN DAUD, WAN NOR SHELA EZWANE BINTI WAN JUSOH, SHUKRI BIN ZAKARIA AND MOHD IQBAL SYAZWAN BIN AZIZAN
29-34
Pendekatan Model Addie dalam Penghasilan Bahan Bantu Mengajar bagi Kursus Aplikasi Komputer
FATIM FAUZIANI BINTI HUSSIN, MUHD HAFIZHIDAYAT BIN ZAINOL ABIDIN DAN MD RAZAK BIN DAUD
35-41
PENERBITAN: 15 APRIL 2023
JAPPeL VOL 1 NO 2
JAPPeL penerbitan Volume 1 nombor 2 tahun 2023 disemarakkan daripada penulisan kajian-kajian yang komprehensif pada masa sekarang iaitu berkaitan dengan alam sekitar, inovasi daripada bahan semulajadi tempatan atau bahan kitar semula serta analisis keselamatan jalan raya. Artikel - artikel yang dihasilkan amat bermanafaat untuk dikongsikan terutamanya daripada masalah kajian yang global yang berkaitan pencemaran air sisa getah asli, pencemaran bunyi, serangga prosak serta kemalangan di jalan raya. Penyelesaian atau analisis yang dikongsikan boleh dijadikan sebagai inspirasi dalam penyelidikan dan penerbitan akan datang.
ARTIKEL
HALAMAN
BAHARIN AHMAD, ZAWAWI DAUD & SITI MORNI BINTI AB RAHMAN
01-09
The Effectiveness of Green Noise Barrier for Noise Reduction
ZURAIDAH AHMAD, KHAIRUL ASYRAFF QAIYYUM MOHAMAD AZIZI, ROSMALINA ADDRIANA MOHAMMED SUKERI & SHARVINDREN KALAI ARASU
10-16
Analisa Kemalangan Jalan Raya: Kes Kajian Di Jalan Lurus
SIVANANDAN A/L BALAKRISHNAN & TENGKU JULIANI BINTI TENGKU MAMAT
17-26
Moist and Temperature Control for Sustainable Natural Insects in Corn Fertigation
WAN NOR SHELA EZWANE BINTI WAN JUSOH, SHUKRI BIN ZAKARIA, MOHD IQBAL SYAZWAN BIN AZIZAN & MD RAZAK BIN DAUD
27-36
Penjerap Karbon Teraktif Buah Semarak Api dalam Penyingkiran Warna dari Air Sisa Getah Asli Mentah
BAHARIN AHMAD, ZAWAWI DAUD & SITI MORNI BINTI AB RAHMAN
37-46
PENERBITAN: 28 JULAI 2023
JAPPeL VOL 1 NO 3
Kandungan JAPPeL penerbitan Volume 1 nombor 3 tahun 2023 diteruskan dengan pertemuan-pertemuan baharu dalam kajian perkembangan pendidikan dan penyelidikan lestari di institusi TVET. Dalam isu terkini kali ini, JAPPeL telah menerima sejumlah artikel yang meluas dan berkualiti tinggi yang menggambarkan kepelbagaian aspek pendidikan dan penyelidikan lestari. Semua artikel telah melalui proses penyuntingan dan penilaian yang teliti bagi memastikan setiap artikel memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan oleh jurnal ini. Semoga perkongsian hasil penemuan kajian dalam terbitan kali ini dapat dimanafaatkan oleh semua pembaca.
ARTIKEL
HALAMAN
THIRUCHELVE A/P RAMASAMY, ZULKURNAIN BIN HASSAN DAN AZHANI BINTI MOHD SABRI
01-13
Kajian Pencirian Penjerap Komposit Terhadap BET, Potensi Zeta, SEM-EDX dan FTIR
BAHARIN AHMAD DAN ZAWAWI DAUD
14-24
Determination of River Water Quality Using a Smartphone Application (SiPAK)
NOR ASHIKIN MARZUKI, IZZAH MAISARAH MAN AND NOR AZLIN ZAINI
25-34
IOT Based Monitoring Electrical Conductivity (EC) of Water for Zea Mays Fertigation
MOHD IQBAL SYAZWAN BIN AZIZAN, MD RAZAK BIN DAUD, WAN NOR SHELA EZWANE BINTI WAN JUSOH, AND SHUKRI BIN ZAKARIA
35-44
Analisis Penggunaan Kuasa(W) IR Sensor Mengawal LED dan/tanpa Pengawal Mikro untuk Aplikasi Robotik
AHMAD FARIZ FAUZI, ROSNANI BINTI HJ AFFANDI DAN MOHD NORDIN BIN MOHD JANI
45-55
PENERBITAN: 05 SEPTEMBER 2023
JAPPeL VOL 1 NO 4
JAPPeL 1(4) kali ini menumpukan perhatian kepada beberapa topik yang sangat significan dalam konteks pendidikan di institusi. Antara topik utama yang dibincangkan termasuklah faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar dalam pemilihan program, kesan virtual quiz menggunakan kecerdasan buatan terhadap pelajar, tahap kepuasan pelajar terhadap penggunaan Online Business Simulation Kit, pembangunan smart jacket untuk golongan pekak dan bisu dan electrical characterization of flexible generator. Proses kaedah pengajaran sentiasa diperbaharui melalui perkongsian-perkongsian kajian terkini. Gabungan pelbagai jenis media pengajaran sentiasa diterap bagi menambahbaik pendekatan sedia ada.
ARTIKEL
HALAMAN
ROZANITA BINTI BAHARUDIN, FADZLIDA BINTI SHAMSUDIN DAN HASNIDA BINTI SAARI
01-10
Smart Jacket for the Deaf and Mute
NURRUL ASMAR BINTI AZHAN, YUSMAHAIDA BINTI YUSOFF AND NOR AFIZAH BINTI JALIL
11-22
23-30
Electrical Characterization of Flexible Generator Organised by Colloidal and Suspension Mixtures
ELYANI ABU BAKAR AND MOHD AMBRI MOHAM
31-39
LENNY KOLINA BINTI MAJALIS, SABRINA BINTI MILAN DAN NAZRINA BINTI BAKAR
40-51
PENERBITAN: 06 OKTOBER 2023
JAPPeL VOL 1 NO 5
JAPPeL 1(5) meraikan pencapaian penyelidik kita dalam seminar Regional TVET (ReTVET), yang berkongsi kajian dan inovasi ke arah kelestarian. yang telah diintegrasi dalam satu bidang pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan lestari. Kepelbagaian topik dalam penerbitan kali ini terdiri daripada kejuruteraan dan teknologi serta pengurusan dan kemanusiaan yang memaparkan disiplin melangkaui sempadan tradisional. Kajian terkini dalam pengajaran & pembelajaran serta penyelesaian masalah dengan inovasi yang mampan, mesra pengguna dikongsi untuk manafaat bersama. Kami merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyelidik yang telah berusaha gigih untuk membentuk pencapaian yang amat membanggakan, terutamanya kelestarian penyelidikan di bawah satu payung institusi pendidikan tinggi. Semoga penulisan kajian yang dikongsikan akan dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada orang lain. Kami menyeru semua pembaca agar mengambil tahu dan sentiasa mendapat maklumat terkini anjakan sistem pendidikan tinggi yang sentiasa berubah bagi memastikan kita bersedia memberikan yang terbaik dalam sistem kita untuk generasi akan datang.
ARTIKEL
HALAMAN
Learning Factory: Meneroka Potensi Pembelajaran Berpengalaman dalam Pendidikan Kejuruteraan Awam
ZURAIDAH BINTI AHMAD, SHAMSURI BIN ABDULLAH & NURULZAMRINA BINTI AHMAD
01-12
MOHD AZIRUDIN SAHHUDIN, MOHD NIZAM B SAMAD, MOHD IZHAM B AHMAD, MOHD IZHAR AHMAD & NORSHARIZA BT JAMHURI
13-23
ROSMILAWATI BINTI AB RAHMAN & MASNORA BINTI SEPIKUN
24-36
NOOR BAITI BINTI JAMALUDDIN, MOHD HALID BIN ABU & SITI SORAYA BINTI MOHD SAPUAN
37-44
The Effect of Green Marketing Strategies on Consumers Purchasing Intention in Shah Alam
RAHIDA BT RAMLI, ROSAMİZA MEOR RAZAK & MOHAMMAD FAHMY IBRAHIM
45-53
Implementasi Sistem Penuaian Air Hujan Sebagai Solusi bagi Tandas Pelajar JKM PTSS
MOHD AMIRUL BIN JOHARI, JAMAZUKI BIN OTHMAN & MOHD HAFIZ BIN ZAKARIA
54-64
Pembangunan Alat Penghasilan Mikrobubble Generator
AZHAR BIN AMBO, IRWANDIH BIN MAT JAILI & TONY ONTOK
65-76
Terbitan Pertama 2023
Terbitan Kedua 2024
Hak Cipta Terpelihara Hak cipta jurnal ini adalah terpelihara. Setiap bahagian daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindah kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanikal, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa izin bertulis daripada Politeknik Port Dickson.