"Kompetensi" merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Prinsip asas kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang anggota perkhidmatan awam akan meningkat jika mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan tugas atau tanggungjawab jawatan yang disandangnya.
"Latihan" bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan secara sistematik, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Proses ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus,latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi.