POLYCC DESIGN FEST 2025 - RENTAS'25
Penginapan Peserta
Penginapan peserta Design Fest 2025 disediakan bermula 16 - 19 Jun 2025 di asrama POLIMAS secara percuma. Sekiranya memerlukan awal sehari sila berhubung dengan pegawai kami untuk makluman dan persediaan awalan. Namun, peserta dikehendaki membawa cadar, bantal dan sarung bantal sendiri.
Makanan untuk peserta POLYCC
Makanan untuk peserta disediakan bermula 17 - 19 Jun 2025 (3 kali sarapan, 3 kali makan tengah hari dan 2 kali makan malam). Makanan peserta pada hari perjalanan iaitu 16 Jun 2025 tidak disediakan.
Penginapan dan Makan untuk Pensyarah Pengiring
Penginapan dan Makan bagi pensyarah pengiring tidak disediakan. Tetapi sekiranya memerlukan bantuan untuk mendapatkan cadangan homestay atau hotel terdekat boleh berhubung kepada pegawai kami. Senarai amazon
Penginapan untuk Pemandu
Kami boleh menyediakan penginapan untuk pemandu kenderaan di penginapan pelajar (Asrama). Sekiranya memerlukan sila maklumkan lebih awal untuk proses penyediaan dan peruntukan ruang kepada mereka. Namun, dikehendaki membawa cadar, bantal dan sarung bantal sendiri.
Pembelian T-Shirt
Sekiranya berminat untuk pembelian T-Shirt R.E.N.T.A.S boleh masukkan maklumat nama, bilangan dan juga size baju pada bahagian bawah borang pendaftaran peserta untuk tujuan order.