WELCOME
Inovasi merupakan satu kaedah mencari jalan untuk menghasilkan sesuatu yang baru, samada dalam bentuk produk atau perkhidmatan yang lebih baik. Inovasi ini dibangunkan adalah sebagai salah satu penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di mana beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam meningkatkan pemahaman tentang Lukisan Terukur dan Lukisan Kerja. MDVL Kit ini dicipta seiiring perkembangan teknologi dengan matlamat dapat menarik minat pelajar memahami dan mendalami seni bangunan warisan disamping ianya mudah diakses oleh pelajar. Oleh itu, inovasi ini dihasilkan dengan menggunakan platform dalam talian bagi membantu pelajar membuat pembelajaran kendiri dimana sahaja dan berulang kali. Kaedah ini menggalakkan akses kepada alat pembelajaran dan pengajaran dalam talian. Dengan menggunakan kaedah e-book learning berbantu virtual bergambar ini akan dapat meningkatkan kefahaman serta daya imaginasi pelajar. MDVL Kit ini dicipta supaya senang diakses oleh pelajar dimana-mana pada bila-bila masa disamping dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini juga dapat membantu pelajar mengulangkaji dan mempelajari secara fleksibel.
TIMBER CONSTRUCTION