SKT PEMBELAJARAN DIGITAL 2026
Halaman SKT Mengikut Item disediakan untuk memaparkan maklumat terperinci bagi setiap indikator prestasi utama e‑pembelajaran yang ditetapkan oleh Jawatankuasa e‑Pembelajaran PKS. Pada bahagian ini, setiap item KPI dihuraikan secara sistematik merangkumi definisi, formula pengiraan, sasaran tahunan, sumber data dan pemilik indikator (PIC) bagi memastikan pemantauan dapat dilaksanakan dengan lebih jelas, telus dan konsisten.
Setiap SKT turut disokong dengan visual seperti scorecard dan carta ringkas yang menggambarkan trend pencapaian mengikut tempoh pelaporan, sekali gus membantu pihak pengurusan dan warga akademik menilai tahap kemajuan serta mengenal pasti keperluan tindakan penambahbaikan secara lebih berfokus.
Dokumen rujukan: SKT PEMBELAJARAN DIGITAL 2026