Penyampaian sijil anugerah telah berlangsung pada 20 Ogos 2025 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) sempena Majlis Perasmian Penutupan INDex POLYCC 2025 yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg.Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBhg.Dato' Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail serta Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, JPPKK, YBrs. Encik A.Azman bin Arshad. Program INDex POLYCC 2025 (Industri Nexus POLYCC 2025) berjaya menghimpunkan institusi Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC), pemain industri serta komuniti setempat dalam usaha memperkukuh ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara. Program kelolaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) ini merupakan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), PKT Logistics Group Sdn. Bhd. dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Pahang. Program ini melibatkan penyertaan pelajar dan pensyarah POLYCC seluruh Malaysia serta wakil-wakil industri.
Rajah ‘manusia dengan Total Station’ melambangkan usaha Transforming Data Into Insights dalam bidang Geomatik sebagai misi pusat untuk menganalisis serta memanfaatkan maklumat geomatik bagi aplikasi praktikal, sekali gus memperkasakan keputusan berasaskan data.
Warna latar belakang—kuning, merah dan hitam— melambangkan bendera Sarawak. Kuning menandakan kepentingan menegakkan undang-undang, perpaduan, serta kestabilan dalam kepelbagaian; merah melambangkan keberanian; manakala hitam mencerminkan kekayaan sumber asli negeri ini.
The figure of a 'human with a Total Station' represents Transforming Data Into Insights in the field of Geomatics as a centre’s mission to analyze and leverage geomatic information for practical application and empowering decisions through data.
The background colours—yellow, red, and black—symbolize the Sarawak flag. Yellow signifies the importance of upholding the law, unity, and stability in diversity; red represents courage; and black reflects the state's abundant natural resources."
Politeknik Kuching Sarawak
Km 22 Jalan Matang
93050 Kuching
Sarawak
Pejabat: 082-845596/7/8 Whatsapp: 017-8069583 Email Rasmi: cot2@poliku.edu.my