PENGENALAN
Jalinan kerjasama serta perkongsian diantara Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan pihak industri amat penting dalam merealisasikan hasrat dan tujuan PKK menjadi peneraju Institusi TVET yang unggul. Perkongsian pintar meliputi perkongsian pandangan, idea, pengalaman serta kepakaran mampu memberikan impak positif kepada penyediaan akses yang meluas kepada program program TVET. Perkongsian pintar bersama pihak industri ini juga dapat menjadikan PKK sebagai institusi TVET yang melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawan dan seimbang seterusnya mewarnai pasaran pekerjaan nasional. Proses pemantauan, penilaian serta kajian semula program pengajian perlu dilaksanakan bagi memastikan kualiti graduan yang tamat mengikuti program pengajian terbabit mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Justeru itu, satu jawatankuasa penasihat program telah diwujudkan untuk melaksanakan tanggungjawab menilai, memantau, serta mengkaji semula program pengajian, menilai semula kurikulum program, untuk menentukan PEO, PLO dan CLO tercapai mengikut keperluan semasa institusi.
PENGENALAN PROGRAM
Mesyuarat bersama panel penasihat program PKK ini merupakan platform terbaik bagi semua panel penasihat program yang dilantik institusi ini, untuk menyumbangkan idea dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah relevan, berkualiti serta menepati keperluan pihak industri. Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada para panel mengenai struktur insti tusi, jabatan atau dimana program pengajian terbabit dilaksanakan. Selain itu, para panel juga didedahkan secara umum mengenai pengurusan program yang meliputi struktur program pengajian termasuk tempoh pengajian, sistem penyampaian kurikulum, sistem penaksiran dan penilaian, penilaian kursus oleh pelajar, kebolehpasaran graduan dan lawatan ke bengkel atau makmal berkaitan. Melalui mesyuarat sebegini, diharap dapat memastikan program yang ditawarkan sentiasa ditambahbaik melalui maklumbalas yang diterima.
OBJEKTIF
Objektif Mesyuarat Bersama Panel Penasihat Program PKK adalah untuk :
Sesi suai mesra bersama dengan pihak pengurusan PKK dan diperingkat jabatan induk
Pengenalan mengenai jabatan dan program yang ditawarkan
Penerangan ringkas mengenai kurikulum pengajian, sistem penyampaian kurikulum, sistem pentaksiran dan penilaian kursus serta kebolehpasaran graduan