LAMAN SEHENTI
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
POLITEKNIK BESUT TERENGGANU
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
POLITEKNIK BESUT TERENGGANU
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Politeknik Besut Terengganu
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah sebuah badan tertinggi yang bertanggungjawab menentukan halatuju dan dasar Negara berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Ianya ditubuhkan pada tahun 1995 mengikut kehendak Seksyen 8, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
Objektif utama penubuhan JKKP merupakan usaha berterusan pihak Kerajaan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja adalah terjamin. Sehubungan itu, JKKP semakin matang dan sentiasa giat berusaha dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia. Usaha ini berlandaskan kepada proses tripartisme ke arah membudayakan amalan tersebut.
JKKP PoliBesut bertanggungjawab untuk memantau, memberi cadangan kepada pihak pengurusan dan memastikan persekitaran di PoliBesut adalah selamat dan bebas dari bahaya yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan warga PoliBesut.
FUNGSI
Melaksanakan Pengurusan Keselamatan Perlindungan (bangunan, fasiliti dan aset).
Mengawalselia JKKP (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Menyelaras Bilik Gerakan Kecemasan dan CCM
Menyediakan kempen dan aktiviti keselamatan
Keselamatan ICT (data) dan Dokumen
Mengurus keselamatan kebakaran
Merancang dan melaksanakan aktiviti keselamatan
HUBUNGI KAMI
Politeknik Besut Terengganu,
Jalan Bukit Keluang, Besut
No Tel : 09-6922999
No Faks : 09-6922999