aktiviti Alumni

2025

08.01.2025 - Dua orang ahli jawatankuasa tertinggi Alumni PBS membuat perkongsian ilmu bersama pelajar baharu PBS sesi II 2024/2025 di Dewan Kuliah Utama PBS. En. Muhammad Afiq bin Mohd Othman, Pengerusi Alumni PBS dan En. Ahmad Uzair Syafiei bin Ahmad Ilyas, Naib Pengerusi Alumni PBS hadir ke program Minggu Transformasi Siswa pada jam 3.30 petang bagi membuat pendedahan awal berkaitan pertubuhan alumni PBS dan peranan siswa/siswi terhadap institusi sebagai alumni serta berkongsi pengalaman mereka semasa menjadi pelajar PBS 

12.01.2025 - Perbincangan jawatankuasa induk berjaya dilaksanakan pada jam 9.15 malam untuk melaksanakan Mesyuarat Tahunan Alumni PBS. 

15.01.2025 - Usaha pertama J/K Alumni untuk membuka akaun persatuan. Urusan pembukaan akaun ini tergendala sementara atas keperluan beberapa dokumen dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. J/K akan berusaha untuk mendapatkan dokumen tersebut dan meneruskan urusan pembukaan akaun   persatuan dalam masa terdekat

17.01.2025 - En. Muhammad Afiq bin Mohd Othman, Pengerusi Persatuan Alumni PBS bersama Pn. Normurni binti Mohamad, Penasihat Pesatuan Alumni berurusan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bagi mendapatkan dokumen yang diperlukan bagi urusan pembukaan akaun persatuan 


21.01.2025 - En.Muhammad Afiq Bin Mohd Othman, Pengerusi Persatuan Alumni PBS berkongsi pengalaman dan tips kepada pelajar PBS untuk pemilihan pelajar dalam program Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Sesi taklimat ini dilaksanakan selepas solat isyak di Politeknik Banting. 

Muhammad Afiq Bin Mohd Othman

YSS1478 | YSS-ASEAN Students Volunteer Mission to Kudat, Sabah 2019

14.2.2025 - En. Muhammad Afiq Bin Mohd Othman, Pengerusi Persatuan Alumni PBS dan En. Ariff Haikal Bin Noor Hisam, Setiausaha Persatuan Alumni PBS mengunjungi Pn. Normurni binti Mohamad, Penasihat Persatuan Alumni PBS di Politeknik Banting bagi membincangkan urusan persatuan termasuk hal berkenaan AGM 2025.

27.02.2025 - Mesyuarat AGM Alumni PBS 2025 dilaksanakan secara atas talian. Terima kasih semua Alumni PBS yang dapat meluangkan masa menghadiri AGM Alumni. Tahniah Jawatankuasa Induk Alumni atas kejayaan mengadakan mesyuarat kali ini. 


2024

30.12.2024 - 9.30 mlm: Perbincangan penutup tahun 2024 bersama jawatankuasa induk persatuan alumni PBS

05.11.2024- En. Muhammad Aidil Hakeem bin Kamaruzaman, MAB Engineering Services Sdn. Bhd. yang juga Alumni PBS memberi ucapan mewakili Ketua Juri bagi Pertandingan Aeromech Sesi I 2024/2025. Ts. Ibrahim bin Burhan, Pengarah PBS  berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada beliau. Majlis ini turut dihadiri oleh En. Ahmad Uzair Syafiei bin Ahmad Ilyas, Naib Pengerusi Persatuan Alumni PBS. 

15.08.2024- LAWATAN PENANDA ARAS POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 

Lawatan penanda aras yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Ampang, Encik Sharif Bin Abdullah ini adalah bagi berkongsi pengalaman dan ilmu sesama institusi Pendidikan dalam perkara berkaitan pengurusan alumni dan juga urus tadbir sesebuah organisasi.

Delegasi dari Politeknik & Kolej Komuniti Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan disambut mesra oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) YBrs. Prof. Madya Dr. Aqlima Ahmad serta para pegawai ARCUPM.

10.08.2024 - Majlis Bersama Alumni Politeknik Banting berjaya dilaksanakan di Dewan MPKL Banting Baru. 

Majlis dimulakan dengan ucapan Ts. Ibrahim bin Burhan, Pengarah Politeknik Banting. Diikuti dengan ucapan En. Muhammad Afiq bin Mohd Othman, Pengerusi Persatuan Alumni PBS dan disusuli dengan sesi perkongsian daripada industri oleh Cik Nur Nur Atiqah Binti Ridzuan, Program Manager Luhur Asia Sdn Bhd.


08.08.2024- En. Muhammad Afiq bin Mohd Othman, Pengerusi Persatuan Alumni PBS dan Pn. Normurni binti Mohamad, Pegawai Pengesanan Graduan, 1L5G dan Alumni PBS selaku Penasihat Persatuan Alumni PBS berkesempatan menziarahi En. Syazwan bin Baharom, JK Komunikasi & Jaringan Industri, Persatuan Alumni PBS yang  terlibat dengan kemalangan jalan raya.  Beliau telah menjalani pembedahan dan kini dirawat di Sunway Medical Center. 

05.07.2024- Perbincangan gerak kerja JK Induk Alumni PBS jam 8.00- 9.00 mlm secara atas talian. 

01.06.2024- Perbincangan bersama JK Alumni PBS 2024-2026 secara atas talian bagi penetapan tugas JK dan perbincangan aktiviti ALUMNI PBS. 


10.05.2024 : Mesyuarat AGM Alumni PBS 2024 yang dilaksanakan secara atas talian 



26.04.2024- Majlis jamuan raya PBS dan sesi perjumpaan Alumni dengan MPP PBS