Selamat Datang ke Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu
Meneroka, memelihara dan memperkasa warisan intelektual Melayu melalui khazanah manuskrip Jawi.
Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu menjadi gerbang rujukan kepada penyelidik, pelajar dan masyarakat umum untuk mengenali manuskrip Melayu sebagai sumber ilmu, sejarah, pemikiran dan jati diri bangsa.
Manuskrip Melayu ialah karya tulisan tangan dalam bahasa Melayu yang menggunakan tulisan Jawi dan dihasilkan seawal abad ke-16 hingga awal abad ke-20.
Manuskrip Melayu memuatkan pelbagai cabang ilmu masyarakat Melayu, termasuk kesusasteraan, agama, perubatan tradisional, undang-undang, sejarah, warkah dan ketatanegaraan. Melalui manuskrip, kita dapat menelusuri pemikiran, bahasa, nilai, kepercayaan dan kebijaksanaan generasi terdahulu.
OPAC PNM (Katalog Bahan Perpustakaan) adalah sistem katalog atas talian berasaskan web yang mengandungi semua koleksi yang terdapat di PNM.
Katalog Induk Manuskrip Melayu menyediakan akses kepada deskripsi bibliografi, lokasi dan maklumat pemunya (holding) naskhah-naskhah manuskrip melayu yang terdapat di seluruh dunia. Katalog Induk Manuskrip Melayu berfungsi sebagai pangkalan data berpusat yang menjadi gerbang utama bagi para penyelidik dan masyarakat umum untuk mengakses maklumat mengenai manuskrip melayu secara dalam talian