Selamat Datang ke Website Pembelajaran ini . Semoga para pembaca mendapat manfaat daripada website ini,serta mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian mereka. Dengan melayari website pembelajaran ini, anda akan dapat mengetahui bagaimana kesedaran nasional terhadap tanggungjawab sosial boleh dipupuk dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi atau lebih dikenali sebagai mahasiswa.Â
Kesedaran nasional terhadap tanggungjawab sosial boleh dipupuk dalam kalangan pelajar IPT melalui penerapan elemen tanggungjawab sosial dalam kurikulum, pelaksanaan program khidmat masyarakat, penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan, penganjuran kempen kesedaran, dan galakan interaksi dengan komuniti setempat. Pelbagai pendekatan ini dapat menanamkan rasa cinta akan negara dan mendorong pelajar untuk menyumbang kepada masyarakat.