Perniagaan USAHAWAN SISWA merujuk kepada perniagaan milikan tunggal atau perkongsian yang dimiliki oleh pelajar Politeknik Merlimau semasa dalam tempoh pengajian.
Semua pelajar yang menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian di Politeknik Merlimau WAJIB mendaftar di bawah Sistem Pendaftaran Perniagaan Siswa Politeknik Merlimau - SISWABIZ.
Perniagaan jenis ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang menjalankan perniagaan seperti berikut;
Pelajar mempunyai produk / perniagaan sendiri tanpa terikat dengan tugasan PdP.
Pelajar menjual produk sendiri secara online / offline.
Pelajar menjalankan perniagaan kerana tugasan PdP bagi kursus keusahawanan MPU22012.
Pelajar menjalankan perniagaan kerana tugasan PdP bagi kursus Digital Entrepreneurship DPU30013.
Pelajar menjalankan perniagaan kerana tugasan Ko-Kurikulum di bawah Kelab Keusahawanan
Pelajar menjalankan perniagaan melalui aktiviti kelab/persatuan yang disertai.
Perniagaan INKUBATOR merujuk kepada perniagaan yang diwujudkan di setiap jabatan bagi melatih pelajar dalam bidang keusahawanan melalui praktikal niaga di ruang dan fasiliti yang disediakan. Pelajar-pelajar yang menyertai program inkubator dikenali sebagai perantis usahawan dan dibimbing oleh mentor keusahawanan dan mentor industri yang dilantik.
Perniagaan ini perlu didaftarkan oleh mentor setelah mendapat kelulusan penubuhannya daripada Pengarah Politeknik Merlimau.
Hanya inkubator yang berdaftar di bawah SiswaBiz PMM sahaja diiktiraf sebagai inkubator yang sah di Politeknik Merlimau dan boleh menjalankan operasi perniagaan di fasiliti inkubator yang disediakan.
PERANTIS INKUBATOR merujuk kepada pelajar Politeknik Merlimau yang menyertai program latihan keusahawanan di inkubator keusahawanan yang berdaftar di bawah Unit Keusahawanan Politeknik Merlimau melalui sistem SISWABIZ ini.
Semua perantis inkubator WAJIB mendaftar di bawah Sistem Pendaftaran Perniagaan Siswa Politeknik Merlimau - SISWABIZ.