APA ITU SISWABIZ?
Selamat Datang ke Sistem Pendaftaran Perniagaan Siswa Politeknik Merlimau Melaka - SiswaBiz
APA ITU SISWABIZ?
SiswaBiz merupakan satu sistem pendaftaran perniagaan berasaskan web yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran perniagaan secara dalam talian untuk pelajar-pelajar Politeknik Merlimau di bawah pengurusan Unit Keusahawanan. Portal ini adalah bertujuan memudahkan proses pendaftaran perniagaan tanpa bersemuka untuk para pelajar yang menjalankan perniagaan semasa pengajian mendapat kebenaran berniaga secara sah.
SiswaBiz PMM juga menjadi platform untuk melatih pelajar supaya menjalankan perniagaan secara sah dengan kebenaran pihak berkuasa sebagaimana etika perniagaan sebenar yang memerlukan peniaga mendaftar perniagaan mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
PERNIAGAAN YANG PERLU MENDAFTAR DI SISWABIZ
MANFAAT MENDAFTAR PERNIAGAAN DI SISWABIZ
Sijil Pendaftaran Perniagaan sebagai lesen kebenaran berniaga secara sah di dalam kampus Politeknik Merlimau
Pelbagai kemudahan fasiliti keusahawanan seperti kiosk dan peralatan lain secara percuma
Pelbagai insentif keusahawanan seperti dana dan latihan pembangunan perniagaan serta peluang pengiktirafan
SiswaBiz: Langkah Profesional ke Arah Keusahawanan Beretika
"Melalui SiswaBiz, kami menginspirasikan pelajar untuk berani berniaga dengan asas profesionalisme dan integriti. Pendaftaran perniagaan adalah langkah penting – ia melambangkan komitmen terhadap etika perniagaan dan membina kredibiliti. Bersama SiswaBiz, jadikan impian keusahawanan anda satu realiti yang sah, dipercayai, dan bersedia untuk berkembang."
-Pengarah-