PENGUMUMAN PENTING!!!!!
Politeknik Merlimau telah menyediakan platform kepada semua semua staf dan pelajar yang ingin memohon Sijil Digital untuk kegunaan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan diperingkat Jabatan atau Politeknik . Proses penyediaan dan pengesahan sijil ini menggunakan Sistem e-Cert . Antara ciri-ciri dan kelebihan sijil digital ini adalah:
Sijil yang dikeluarkan dilengkapi dengan QR -Code yang unik.
Proses penyediaan dan pengesahan sijil digital dengan pantas dan sistematik.
Rekod sijil yang telah dikeluarkan akan disimpan dan statistik pengeluaran sijil dapat dijana.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK PERMOHONON SIJIL DIGITAL ?
!!!! Mohon logmasuk email menggunakan email rasmi politeknik sahaja.
Muat turun borang permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Sijil Digital .
Borang yang telah lengkap di hantar ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar .
Pemohon perlu melengkapkan Laporan Aktiviti .
Format Laporan Aktiviti boleh dimuat turun di pautan : Muat Turun Format Laporan.
Imbas Laporan Aktiviti yang telah lengkap.
Pemohon perlu memastikan bahawa:
Ruangan Disediakan oleh dan Disahkan oleh telah di tandatangani dan di CAP PEGAWAI yang sah.
Laporan yang telah diimbas adalah berformat pdf dan perlu dinamakan dengan format berikut :
Format : NamaProgram_ jabatan@unit.pdf
Contoh :PidatoDebatPialaKetuaPengarah_JHEP.pdf
Pemohon perlu mengenalpasti Pelulus@Penandatangan Digital samada PENGARAH PMM atau KETUA JABATAN.
Pemohon perlu muat naik Laporan Aktiviti pada ruangan berdasarkan Pelulus yang telah dipilih dalam borang permohonan.
Laporan Aktiviti perlu dimuat naik di pautan Muat Naik Laporan Aktiviti.
Pemohon perlu menghantar Borang Permohonan ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar berserta Laporan Aktiviti yang telah dicetak.
Admin akan membuat pengesahan pada Borang Permohonan dengan menyemak Laporan Aktiviti telah dimuat naik di pautan Muat Naik Laporan Aktiviti.
Permohonan yang telah lengkap akan disahkan oleh Admin dengan menurunkan CAP PENGESAHAN di bahagian Jabatan Hal Ehwal Pelajar pada Borang Permohonan.
Admin akan mengaktifkan maklumat Pemohon didalam Sistem e-Cert berdasarkan maklumat yang telah lengkap dialam borang permohonan.
Pemohon akan dapat notifikasi pada email yang mengandungi password dan katalaluan untuk logmasuk Sistem e-Cert .
Pemohon logmasuk sistem e-Cert dan memilih jenis sijil yang akan dicetak .
Pemohon menetapkan template yang akan digunakan dan muat naik senarai nama peserta .
Pemohon perlu menghantar permohonan kepada Pelulus @ Penandatangan Digital melalui Sistem e-Cert.
Sistem e-Cert akan menghantar notifikasi kepada Pelulus @ Penandatangan Digital melalui email.
Pelulus @ Penandatangan Digital akan membuat semakan pada Laporan Aktiviti yang telah dimuat naik oleh Pemohon.
Pelulus @ Penandatangan Digital akan meluluskan permohonan pada Borang Permohonan dengan menurunkan tandatangan dan Cap Pegawai .
Pelulus @ Penandatangan Digital akan meluluskan permohonan melalui Sistem e-Cert.
Borang permohonan yang telah lengkap perlu dikembalikan ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk simpanan.
Sistem e-Cert akan menghantar notifikasi kepada pemohon apabila Pelulus @ Penandatangan Digital telah selesai menurunkan tandatangan digital pada sijil.
Pengguna boleh memuat turun sijil digital melalui Sistem e-Cert .
Selesai