29,990*
15%*
2158*
*data sehingga 04/06/2025
Dengan penuh dukacita, dimaklumkan bahawa alumni DHM dan Senator, Samuel Paulraj telah meninggal dunia akibat serangan jantung semalam. Salam takziah dari kami Pusat Hubungan dan Data Alumni PMM.
Mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Alumni PolyCC Melaka & Negeri Sembilan telah diadakan pada 18 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Komuniti Selandar dan dipengerusikan oleh En Rozali bin Ibrahim, Pengarah KK Selandar merangkap Pengerusi Alumni PolyCC Melaka dan Negeri Sembilan serta dihadiri oleh Ts. Nor Isman bin Hassan, Penolong Pengarah Kanan BAPP, JPPKK dan semua pegawai Alumni POLYCC Melaka dan Negeri Sembilan. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh YDP Persatuan Alumni Politeknik Merlimau Melaka, YDP Persatuan Alumni Politeknik Port Dickson serta Wakil Persatuan Alumni Politeknik Nilai dan Wakil Persatuan Alumni Kolej Komuniti Bukit Beruang.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan program alumni, merangka perancangan aktiviti bersama serta memperkukuh jaringan kerjasama antara alumni Politeknik dan Kolej Komuniti di Melaka dan Negeri Sembilan. Didalam mesyuarat ini juga telah berlangsung penubuhan Jawatankuasa Kerja Muafakat Alumni PolyCC Melaka dan Negeri Sembilan dengan pelantikan Pn. Nur Elleena binti Solikhin sebagai Pengerusi YDP Alumni PolyCC Melaka dan Negeri Sembilan. Semoga usaha ini dapat memberi impak positif kepada pembangunan pelajar dan institusi, selaras dengan objektif penubuhan Muafakat Alumni PolyCC.
MESYUARAT AGUNG ALUMNI PMM KE-15
AKAN DIADAKAN PADA:
15 MAC 2025 (SABTU)
9.30 PAGI
SECARA ATAS TALIAN (LINK AKAN DIBERIKAN DALAM GROP TELEGRAM)
TEMUDUGA TERBUKA 2024
CTRM Aero Composites Sdn Bhd
Calon diwajibkan untuk mendaftar dengan menekan pautan yang disediakan sebelum hadir ke temuduga terbuka : https://forms.gle/QB6pBZvDNN43vtgcA
Tarikh : 13 JAN 2024
Hari : SABTU
Masa : 9.00pg
Aturcara:
9.00pg - 9.30pg : Pendaftaran
9.30pg - 10.30pg : Ujian Teknikal
10.30pg - 12.30tgh hari : Sesi Temuduga
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
06-3171007 ext 1201/1202/1203/1217/1221