Aktiviti

kayuhan lestari

Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Negeri Melaka memilih acara sukan 'cycling tour' atau pelancongan berbasikal yang semakin diminati oleh pelancong domestik dan antarabangsa sebagai tema aktiviti alumni tahun ini.


Kayuhan sejauh 25 kilometer (km) bermula jam 8.30 pagi semalam bergerak dari Kolej Komuniti Kota Melaka (KKKM) menyelurusi lokasi bersejarah bangunan merah Kota A Famosa, Dataran Memorial seterusnya menuju ke Masjid Selat Melaka dan Encore.


Menurut Penolong Pengarah Kanan Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Aidil Azhim Shamsuddin, program ini merupakan salah satu usaha memperkasa kemahiran pelajar dalam sukan pelancongan bagi melahirkan generasi ‘The Thinking Athlete’ dalam kalangan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti, selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT).


"Seramai 50 orang pelajar mewakili dua politeknik dan enam kolej komuniti di negeri Melaka termasuk lapan persatuan alumni.


“Ini adalah bertujuan membina jaringan komunikasi dan memperkukuh hubungan antara warga dan persatuan alumni institusi, agensi dan komuniti dalam mempromosikan institusi pendidikan TVET," ujarnya.


ALUMNI PMM KINABALU CHALLENGE

KOTA KINABALU, 13 Januari – Melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung bukanlah sesuatu aktiviti yang mudah. Tentunya pelbagai persiapan dari segi fizikal dan mental perlu dilakukan oleh seseorang individu sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.

Empat orang yang terdiri daripada staf dan persatuan Alumni PMM, iaitu En. M.Hamdi Bin Khosran, Pengerusi Alumni PMM juga selaku ketua rombongan bersama-sama En. Ahmad Irsyad Bin Noor` Azmi, Puan Siti Aishah Bt Hanis, Pensyarah JKE, dan Puan Norlydah Bt Othman Latpi, Pensyarah JKA menguji tahap kemampuan fizikal dan mental mereka dengan mendaki Gunung Kinabalu.

Pendakian mereka bermula di Timpohan Gate pada jam 8.30 pagi selepas sesi pendaftaran di Taman Sabah. Pendakian pada hari pertama diteruskan dan berhenti di Laban Rata kira-kira pukul 4.30 petang untuk berehat. Pendakian diteruskan semula pada pukul 2.30 pagi dan mereka tiba di puncak gunung Kinabalu sekitar pukul 7.00 pagi. Pendakian ini menyaksikan 3 orang daripada mereka berjaya ke puncak dan mengibarkan bendera persatuan Alumni, tetapi malangnya salah seorang daripada mereka iaitu, Puan Norlydah gagal meneruskan pendakian kerana mengalami altitude sickness.


REUNION JPKK - PERKONGSIAN ILMU DAN PENGALAMAN PELAJAR SEMASA BERSAMA ALUMNI

BUAL SANTAI BERSAMA AHLI PERSATUAN ALUMNI

ALUMNI SEBAGAI FASILITATOR KEM INDUKSI JPKK

MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN ALUMNI dev jph

Tahniah kepada saudara ZAINAL ABIDIN MAKARIM BIN KAMARUL ZAMAN & pasangannya NUR FARAH SYAHIRAH BINTI DZULKIFLY. Majlis diadakan pada hari SABTU, 30 SEPTEMBER 2023 di rumah bondanya di Seremban, Negeri Sembilan

alumni sebagai jemputan semasa audit daripada etac di jkm

alumni dkm jkm selaku panel penilai projek sempena hari inovasi jkm

En Muhammad Hafizam Afiq Bin Baharudin (Alumni PMM) selaku ketua panel mewakili pihak industri 

alumni menyumbang kepada projek polyagro mycendawan

Sebanyak RM8000 disumbangkan oleh tabung Persatuan Alumni PMM bagi menyokong projek ini

majlis walimatul urus alumni dsb jka

Tahniah diucapkan kepada saudara MOHD FAIZAL BIN HERMAN dan pasangannya saudari PUTRI NUR SARAH SYAHIRAH BINTI SULAIMAN. Majlis telah diadakan pada 06 JANUARI 2024, hari SABTU, bertempat di Bizmilla Wedding Hall @ Eco Galleria, Iskandar Putri, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.