KURSUS AI FOR RESEARCH (ONLINE) SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK 2025
JOM MASUK KURSUS DI PMJB
KURSUS AI FOR RESEARCH (ONLINE) SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK 2025
Kursus AI for Research telah berjaya dianjurkan oleh Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) sempena sambutan National Training Week 2025, dan telah dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet.
Kursus ini menampilkan penceramah hebat, Dr. Norazlina binti Ahmad dari Politeknik METrO Johor Bahru yang berkongsi kepakaran beliau berkaitan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam penyelidikan. Antara pengisian utama kursus ialah penerokaan pelbagai alatan dan platform berasaskan AI yang mampu membantu penyelidik meningkatkan kecekapan, ketepatan serta produktiviti dalam pelaksanaan projek penyelidikan.
Seramai 121 orang peserta dari pelbagai institusi dan latar belakang telah mengikuti sesi ini dengan penuh minat dan keterlibatan aktif. Pn. Wizni telah bertindak sebagai moderator, manakala Pn. Rafidah dan Pn. Nurul Baizura bertindak sebagai penyelaras kursus, yang memastikan perjalanan kursus berjalan dengan lancar dan teratur.
Kursus ini telah memberi impak positif kepada peserta dalam mengaplikasikan teknologi AI dalam penyelidikan kontemporari serta menyokong aspirasi negara ke arah Revolusi Industri 4.0.