Politeknik Mersing telah terbang tinggi dengan penganjuran seminar penyelidikan yang dikenali sebagai Liga Ilmu Serantau (LIS) yang direalisasikan hasil daripada Nota Persefahaman antara Malaysia dan Indonesia. Nota Persefahaman itu telah ditandatangani oleh Politeknik Mersing yang mewakili Malaysia manakala Indonesia diwakili oleh Yayasan Pendidikan Ibnu Sina pada tarikh keramat 11 Jun 2014 di Kota Batam, Indonesia. Hingga kini, hubungan antara kedua negara berjaya dikukuhkan dengan jalinan kerjasama antara beberapa institusi termasuklah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Politeknik Mersing Malaysia, Universitas Ibnu Sina Batam Indonesia, dan Politeknik Jambi Indonesia. Sesungguhnya, LIS ini telah menjadi wadah dan platfom kepada para pensyarah di Malaysia dan Indonesia untuk membentangkan hasil penyelidikan, kajian, penemuan baharu serta perkongsian ilmu untuk manfaat bersama di samping mempereratkan hubungan antara kedua negara.