SYARAT PENYERTAAN
Penyertaan boleh dibuat secara individu atau berkumpulan.
Bagi kategori umum, setiap kumpulan mempunyai had maksimum TIGA (3) orang ahli, manakala bagi pelajar pada kategori pelajar IPT dan kategori sekolah, had maksimum adalah EMPAT (4) orang ahli.
Projek yang dipertandingkan mestilah asli dan tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak.
Projek lama yang pernah menyertai pertandingan lain masih dibenarkan bertanding dengan syarat mempunyai penambahbaikan yang jelas.
Setiap projek inovasi hanya dibenarkan menyertai SATU (1) kategori pertandingan sahaja.
SYARAT UMUM
Semua peserta hendaklah mematuhi peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Yuran tidak dikembalikan sekiranya peserta menarik diri dari pertandingan.
Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat.
Pihak penganjur tidak menyediakan kemudahan makan minum, penginapan dan pengangkutan. Semua kos berkaitan adalah di bawah tanggungan peserta masing-masing.
Sebarang perubahan kepada syarat pertandingan akan dimaklumkan oleh pihak penganjur dari semasa ke semasa.
Keputusan panel juri adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali.