Selaras dengan Moto Jabatan Audit Dalaman (JAD) PMBK "Kami Sedia Membantu", JAD PMBK menyediakan satu mekanisma bagi memberi peluang kepada warga kerja Kumpulan PMBK untuk mengajukan sebarang pertanyaan/permasalahan yang berkaitan proses kawalan dalaman, pengurusan risiko dan tadbir urus di Kumpulan PMBK kepada JAD PMBK. 

Soalan Lazim 

Bilakah Jabatan Audit Dalaman PMBK ditubuhkan?

JAD PMBK secara rasminya telah ditubuhkan pada 18 Februari 2011 setelah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat PMBK Kali Ke-3/2010 yang telah diadakan pada 30 Disember 2010.

Apakah peranan Jabatan Audit Dalaman (JAD) PMBK?

JAD PMBK merupakan jabatan yang memberi khidmat sokongan kepada Jawatankuasa Penasihat PMBK, Jawatankuasa Audit Lembaga Penasihat (JALP) PMBK dan pengurusan Kumpulan PMBK melalui kaedah:

1) Membantu Kumpulan PMBK mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin.

2) Menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dalaman, pengurusan risiko dan tadbir urus.


Bagaimanakah struktur pelaporan Jabatan Audit Dalaman (JAD) PMBK?

Bagi fungsi pengauditan, JAD PMBK bertanggungjawab melapor terus kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Penasihat (JALP) PMBK melalui mesyuarat JALP PMBK yang dikendalikan sekurang-kurangnya empat kali setahun. Manakala bagi hal-hal pentadbiran, JAD PMBK bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (KPEK) PMBK.

 


Sekiranya soalan yang ingin diajukan tidak terdapat pada soalan lazim di atas, tuan/puan boleh mengajukan soalan baharu dengan mengisi borang yang telah disediakan pada pautan dibawah.

SOALAN BAHARU 

Penafian : Pendapat yang dikemukakan oleh JAD PMBK adalah tertakluk kepada maklumat yang diberikan kepada JAD PMBK sahaja. Adalah penting untuk diingatkan bahawa pendapat yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuan, kefahaman dan rujukan yang dapat diakses oleh JAD PMBK. Masa yang akan diambil oleh JAD PMBK adalah tertakluk kepada tahap pertanyaan/permasalahan yang dikemukakan.