i-CUTI TANPA REKOD

i-CUTI TANPA REKOD >> CUTI KURSUS SAMBILAN

Cuti Kursus Sambilan

TUJUAN :

Diberi sebagai galakan kepada pegawai agar dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan yang lebih tinggi sejajar dengan keperluan mewujudkan pekerja berasaskan pengetahuan.

SYARAT :

    • Pegawai telah disahkan jawatan dalam perkhidmatan.
    • Pegawai telah mendapat kebenaran bertulis terlebih daripada Ketua Jabatan untuk mengikuti kursus secara sambilan atau separuh masa atau Program pendidikan jarak jauh untuk hadir kursus intensif yang diadakan pada hari pegawai bekerja sama ada hari bertugas itu adalah pada hujung minggu/ cuti umum/ hari bekerja biasa.
    • Pegawai layak diberi kemudahan CKS untuk mengikuti kursus sambilan maksimum dua (2) kali pengajian sepanjang tempoh perkhidmatan.
    • Kursus yang diikuti adalah di peringkat Diploma, Ijazah Pertama,Diploma Lanjutan, Sarjana dan Kedoktoran (PhD).
    • Kursus yang diikuti adalah kursus yang telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia melalui Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK).
    • Kemudahan boleh dipertimbangkan bagi kursus intensif (rujuk tafsiran kursus intensif dalam SPP berkenaan) yang di wajibkan oleh Universiti meliputi 4 modul sahaja iaitu kuliah/ tutorial/seminar/ bengkel/ kolokium dan latihan amali / latihan industry yang kurang daripada 30 hari (rujuk perenggan 8 SPP berkenaan).

KADAR :

    • Tempoh sebenar tetapi tidak melebihi 30 hari setahun pengajian

RUJUKAN : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 2009

TARIKH KUATKUASA : 29 Mei 2009

carta alir cuti tanpa rekod.pdf
CARTA ALIR CUTI TANPA REKOD
KEMUDAHAN CUTI KURSUS SAMBILAN.pdf