Jabatan Matematik, Sains dan Komputer ( JMSK ) Politeknik Kota Bharu adalah salah sebuah jabatan sokongan akademik yang diterajui oleh barisan pengurusan:
Ketua Jabatan : Encik Khairul Anuar Bin Abdullah
Timbalan Ketua Jabatan : Encik Azhari bin Zakaria
Ketua Kursus Matematik : Puan Nazihah binti Che Rozan
Ketua Kursus Sains : Puan Marhaniza binti Ibrahim
Ketua Kursus Komputer : Puan Hafizah binti Abd. Rahim
Bagi melancarkan pengurusan dan pelaksanaan PdP, JMSK dibantu oleh 36 orang pensyarah gred DH52, DH48, DH44, DH41, DH34 dan DH32 serta 4 orang kakitangan Bukan Akademik.
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
JMSK menyokong jabatan-jabatan induk dalam proses merealisasikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik dan berkesan.
Menawarkan kursus-kursus berdasarkan keperluan semasa oleh jabatan- jabatan induk.
OBJEKTIF KUALITI JMSK
Berusaha memastikan kadar kelulusan bagi setiap kursus tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester.
Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus untuk setiap kursus bagi setiap semester mencapai nilai mata 3.00 atau lebih.
KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI JMSK
Ruang pejabat yang selesa
3 Bilik Kuliah ( Bilik Mutiara, Makmal Matematik dan Makmal TECC )
2 Makmal sains (MSK1 & MSK2)
7 Makmal komputer "General Computer Lab 1 - 7"Â (GCL 1 - 7)