PERSATUAN GURU STEM MALAYSIA

 

Persatuan Guru STEM Malaysia (PGSM) merupakan pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan, 1966 yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 16 April 2018 dengan nombor pendaftaran PPM -013 - 10 -16042018. Persatuan ini ditubuhkan untuk menyatukan guru-guru dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) di Malaysia. 

PGSM yang dipimpin oleh Cikgu Noorsuhaily Bin Ali @ Md Noor komited untuk memajukan pendidikan STEM di negara ini, memberikan sokongan kepada guru-guru STEM, dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bidang STEM. PGSM sangat aktif menganjurkan pelbagai aktiviti seperti seminar, bengkel, dan program pembangunan profesional untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru-guru STEM. 

Kajayaan PGSM menganjuran program berimpak tinggi dengan kerjasama, jalinan dan jaringan yang strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Agensi-agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, Universiti Awam, Universiti Swasta , Pihak Korporat dan komuniti merupakan bukti kukuh kejayaan PGSM.