PeLM

PGSM e-Learning Master Trainer

LATIHAN E-PEMBELAJARAN

SECARA ATAS TALIAN

PERSATUAN GURU STEM MALAYSIA

(PGSM E-Learning Online Training)

ANJURAN

Persatuan Guru STEM Malaysia

DENGAN KERJASAMA

Pusat STEM Negara

DISOKONG OLEH

Bahagian Perancangan Dan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia



Sebagai respon kepada pandemik COVID-19 yang telah menerbitkan norma baharu dalam bidang pendidikan, Persatuan Guru STEM Malaysia dengan kerjasama Pusat STEM Negara dan Bahagian Perancangan Dan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif membangunkan sumber dan modul latihan dalam talian untuk membantu guru memperkasa kemahiran e-pembelajaran secara tersusun dan berkesan.

Program ini dirancang khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam penggunaan Microsoft Office 365, Google Suite dan pelbagai aplikasi E-Learning supaya PdPC dapat dilaksanakan dengan berkesan. Setiap tajuk latihan dilengkapi dengan modul, video tutorial, nota grafik dan contoh penggunaan aplikasi bagi memastikan keberkesanan latihan. Tips tambahan berdasarkan pengalaman sebenar jurulatih juga akan dikongsikan bagi mengoptimumkan keberkesanan setiap sistem pembelajaran yang digunakan.

Siri Latihan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada keberkesanan PdPC guru dan memaksimumkan kemenjadian murid sesuai dengan pendekatan norma baharu pendidikan pasca pandemik Covid-19.


Objektif Program

: 1) Menyediakan platform sesi perkongsian amalan terbaik dan inovasi penggunaan teknologi e- pembelajaran kepada para pendidik Malaysia.

2) Memastikan guru-guru mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang mencukupi bagi menjalankan e-pembelajaran untuk pembelajaran jarak jauh.

3) Meningkatkan keyakinan guru-guru dalam mengaplikasikan teknologi untuk melaksanakan e-pembelajaran.

Penganjur

: Persatuan Guru STEM Malaysia (PGSM)

Rakan Kerjasama / Teknikal / Juri

: Pusat STEM Negara

Penaja

: Tiada

Disokong oleh

: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Sasaran Peserta

: Guru Sekolah Rendah dan Menengah Seluruh Malaysia

Fasa Pelaksanaan

:Fasa 1: Microsoft Office 365 Online Training : Jun- Julai 2020

Fasa 2: Google G.Suite Online Training : Ogos- September 2020

Fasa 3: E-Learning Online Training : Oktober- Disember 2020


Konsep Pelaksanaan Program

:Siri Latihan ini terdiri daripada tiga fasa iaitu latihan Microsoft Office 365, Google Suite, dan E-learning application. Jurulatih yang terlibat untuk latihan ini terdiri daripada ahli Persatuan Guru STEM Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan sebagai jurulatih daripada setiap aplikasi dan berpengalaman mengendalikan aplikasi tersebut dalam PdPC bersama murid masing-masing. Setiap slot latihan akan dilengkapi dengan modul, video tutorial, visual dan contoh penggunaan aplikasi untuk memudahkan pemahaman peserta. Tips tambahan untuk memastikan pedagogi e-pembelajaran yang berkesan juga akan dikongsikan berdasarkan pengalaman sebenar setiap jurulatih. Sesi Latihan ini akan menggunakan medium Microsoft Teams, Google Classroom dan turut disiarkan melalui Youtube Channel


Cara Penyertaan

: 1. Peserta mendaftar melalui laman rasmi www.pgsm.edu.my

2. Peserta akan berinteraksi bersama jurulatih kursus yang dipilih secara dalam talian, menyiapkan tugasan dan wajib menjawab soalan penilaian sebelum layak mendapat sijil penyertaan.

Syarat Tambahan

: Tiada

Jadual Program

: Sila Rujuk Lampiran

Platform Latihan

: Microsoft Teams, Google Classroom Meet, Facebook, YouTube dan Telegram

Cara Pendaftaran

: Pendaftaran penyertaan adalah secara atas talian . Setiap peserta dikehendaki mengisi borang pendaftaran kursus melalui laman rasmi www.pgsm.edu.my.

Yuran Pemprosesan

: Yuran Penyertaan adalah percuma untuk ahli Persatuan Guru STEM Malaysia. Guru yang belum menjadi ahli perlu mendaftar melalui pautan http://bit.ly/daftarpgsm

Sijil / Hadiah

: Setiap penyertaan akan menerima sijil penyertaan secara digital (e-certificate)

Maklumat Lanjut

: Sekiranya terdapat sebarang persoalan, sila hubungi pihak penganjur / urusetia program seperti

berikut :-

Pengarah Projek : Noorsuhaily Bin Ali @ Md Noor (0126827485)

Penyelaras Program : En Hairul Anuar Bin Sobikin ( 0136607046 )

Laman Sosial

: Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut :

Portal Rasmi : http://www.pgsm.edu.my

Facebook : https://www.facebook.com/PGSTEM

Telegram : https://t.me/infogurustemmalaysia