PSIPA merupakan pertubuhan berdaftar yang dianggotai oleh Pegawai Psikologi, Penolong Pegawai Psikologi serta pengamal psikologi dan kaunseling dalam perkhidmatan yang berfungsi menyediakan perkhidmatan dan kepakaran psikologi dalam Perkhidmatan Awam. PSIPA berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPP-033-16-26072019).
Berikut merupakan antara objektif penubuhan PSIPA:
Menjadi badan perunding dalam menangani isu atau permasalahan yang wujud dalam organisasi dengan menggunakan elemen psikologi dan kaunseling sebagai salah satu kaedah penyelesaian;
Menyediakan perkhidmatan yang berteraskan aplikasi psikologi (penilaian, pembangunan, intervensi dan penyelidikan) melalui seminar, kursus, bengkel, latihan, konvensyen dan seumpamanya yang bersesuaian dan relevan dengan keadaan masa kini kepada perkhidmatan awam, organisasi swasta dan masyarakat; dan
Bekerjasama atau bergabung dengan badan-badan profesional lain bagi mencapai tujuan dan objektif persatuan ini.
Keahlian PSIPA bukan hanya terhad Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi sahaja. PSIPA mengalu-alukan semua individu yang mempunyai minat yang mendalam untuk memajukan bidang psikologi dan kaunseling di Malaysia untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada ahli PSIPA. Keahlian terbuka kepada semua individu berumur 21 tahun ke atas.
PSIPA mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam pelbagai bidang ilmu psikologi yang disokong oleh ahli yang mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Berikut merupakan antara bidang kepakaran PSIPA:
Ketagihan Dadah dan Alkohol
Perkahwinan dan kekeluargaan
Koreksional dan Pemulihan
Pengurusan dan Pemprofilan Personel