Fungsi-fungsi utama BHEA adalah seperti berikut:
1) Pentadbiran Am
Menguruskan dan mengemas kini pendaftaran kursus pelajar di SIMBIZ/ NBUCLMS.
Menguruskan pengesahan pendaftaran kursus untuk pemerhatian Dekan, pensyarah dan pelajar.
Menguruskan dan menyediakan jadual waktu pelajar bagi setiap semester baru.
Merancang dan mengemaskini kalendar akdemik bagi setiap semester baru.
Menguruskan dan menyemak permohonan pelajar untuk pengecualian kredit.
Menguruskan permohonan pelajar untuk menukar program.
Menguruskan permohonan pelajar untuk menukar status dari sepenuh masa hingga separuh masa.
Menguruskan dan mengemas kini permohonan pelajar untuk cuti khas. (Penagguhan kuliah/ganti kelas)
Mengendalikan mesyuarat Akademik dan mesyuarat peperiksaan di peringkat program dan Jawatankuasa Akademik, termasuk Senat.
Memastikan Portal Pelajar (NBUCLMS) dan SIMBIZ dapat digunakan dengan baik oleh pensyarah dan pelajar.
Menguruskan keperluan dan kemudahan bilik kuliah.
Mengurus dan menilai cara pengajaran pensyarah kepada pelajar setiap semester.
2) Menguruskan Pembangunan Program
Menjaga dan mengemas kini sukatan pelajaran dan struktur kursus / pengajian pelajar.
Memastikan program yang ditawarkan mendapat akreditasi penuh daripada MQA
Menjalankan penyelidikan berkaitan program yang berpotensi untuk dibangunkan.
Membangunkan program baru yang bersesuaian dengan kehendak pasaran.
3) Menguruskan Transkrip & Skrol
Mencetak sijil rasmi bagi yang sudah bergraduasi.
Menyimpan data dan salinan pelajar yang sudah bergraduasi.
4) Menguruskan Penilaian & Peperiksaan Akhir Pelajar
Menyediakan jadual waktu peperiksaan dan memastikan kapasti dean/kelas yang digunakan mencukupi.
Menguruskan slip peperiksaan pelajar.
Menguruskan dan menyediakan salinan induk kertas soalan dan mencetak kertas soalan peperiksaan.
Menguruskan dan menjalankan serta memantau peperiksaan akhir pelajar.
Menguruskan dan menyemak markah peperiksaan di SIMBIZ.
Menguruskan rayuan untuk memeriksa semula keputusan peperiksaan akhir termasuklah permohonan pelajar untuk melanjutkan pelajaran.
Menguruskan pembetulan serta semakan keputusan peperiksaan akhir pelajar.
5) Lain-lain
Urusan yang melibatkan dengan pelajar dan pensyarah fakulti.