Kehidupan Kampus di North Borneo University Collegeย
Kehidupan Kampus di North Borneo University Collegeย
Jom jelajah NBUC!ย
Persekitaran pembelajaran yang inklusif dan kondusif.
Kandungan Page:
Kehidupan Mahasiswa Di North Borneo University College
Kemudahan Kampus yang Lengkap
Aktiviti Kokurikulum yang pelbagai
Sokongan Akademik dan Kaunseling
Kemudahan Kampus yang Lengkap
North Borneo University College (NBUC) menyediakan kemudahan kampus yang lengkap dan moden untuk memastikan keselesaan dan kemudahan pelajar sepanjang pengajian mereka. Berikut adalah beberapa kemudahan yang disediakan:ย
Apa Kata Pelajar?
Terokai Kecemerlangan Pendidikan di NBUC
Lihat bagaimana NBUC membentuk masa depan pelajar dengan program pengajian inovatif, testimoni inspirasi graduan, dan peluang kerjaya hebat.
Tonton video ini sekarang untuk ketahui lebih lanjut!
Aktiviti Pelajar NBUC
Pengalaman menarik sepanjang pengajian!
Aktiviti Kokum NBUC
Kelab Akademik dan Sosial
Program Kepimpinan
Sukan dan Rekreasiย
Konsert dan Persembahan Kebudayaan
Program Perkhidmatan Komuniti
Melalui aktiviti kokurikulum ini, NBUC memastikan bahawa pelajar tidak hanya cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga mempunyai kemahiran yang menyeluruh untuk berjaya dalam kehidupan dan kerjaya mereka.
Pengalaman Tahun Pertama yang Menarik
Program orientasi dan pengalaman tahun pertama di NBUC direka untuk membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti. Aktiviti seperti sesi suai kenal, bengkel kemahiran belajar, dan lawatan kampus membantu mereka membina jaringan sosial dan akademik yang kukuh.
Pelajar berpeluang menunjukkan kreativiti mereka melalui cover lagu, persembahan seni, dan kolaborasi muzik yang menginspirasi. Prince Majingkin and Sonia Azarya, 1st semester student of Diploma in Music in North Borneo University College singing popular song "Die With A Smile" by Bruno Mars and Lady Gaga. Jangan lupa subscribe dan follow perjalanan mereka untuk menyaksikan bagaimana bakat mereka terus berkembang!
ย
#SupportTalent #JourneyToSuccess #NBUCMusicย
Pelajar dari Faculty of Computing and Innovative Technology (FACIT), North Borneo University College, baru-baru ini mengadakan lawatan akademik ke RTM Sabah!. Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami operasi industri penyiaran secara langsung, termasuk teknologi yang digunakan, proses produksi, dan cabaran dunia penyiaran digital. Pengalaman ini pastinya membuka minda pelajar untuk meneroka potensi kerjaya dalam bidang teknologi dan media.
ย
#FACIT #NBUC #LawatanIndustri #RTMSabah
Pelajar dari Fakulti Hospitaliti dan Pelancongan, bersama peserta program Kabin Krew North Borneo University College, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.ย Lawatan ini memberikan peluang kepada pelajar untuk memahami operasi lapangan terbang, peranan kabin krew, dan pengalaman sebenar dalam industri penerbangan serta hospitaliti. Aktiviti ini bertujuan memperluaskan pengetahuan dan mempersiapkan pelajar untuk kerjaya yang cemerlang dalam sektor ini.
ย
#NBUCHospitality #KabinKrewNBUC #LawatanIndustriย
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ฐ๐ข๐ง๐ ๐ฌ
Pelajar Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat telah menjalankan lawatan industri ke MASwings di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Dalam lawatan tersebut, pelajar berpeluang bertemu dengan Encik Aaron, Ketua Jabatan Kejuruteraan MASwings. Turut hadir semasa lawatan adalah Profesor Madya Almeezan Zahry (Dekan Fakulti Kejuruteraan & Ukur - FaES), Encik Ahmad Khir Ismail (Pengurus Jaminan Kualiti), dan Encik Luqman Hakim Mohd Noh (Pensyarah). Sekali lagi, terima kasih kepada MASwings atas layanan mesra yang diberikan.
#NBUC #MASWINGS
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Telah berlangsungnya Program Pemerkasaan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Negeri Sabah Siri 1 Tahun 2024 anjuran KPDN Sabah di Hidden Paradise Resort pada 25 hingga 27 Mei 2024.
Pihak North Borneo University College telah menghantar wakil pelajar dari Borneo Business School, Joab Timothy Mail pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) Perbankan dan juga Angie Yelia John Samud dari program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa.
#NBUCย #BorneoBusinessSchool ย #KPDNSabah ย #GPS2024ย #PemerkasaanPenggunaย #GPSSabah
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Pelajar program Kabin Krew di NBUC menjalani simulasi demonstrasi keselamatan penerbangan, termasuk cara menggunakan alat keselamatan seperti jaket keselamatan dan topeng oksigen. Simulasi ini bertujuan melatih pelajar untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang dalam situasi kecemasan. Dengan latihan seperti ini, mereka bersedia untuk menjadi kabin krew yang profesional dan berdaya saing dalam industri penerbangan.ย
#KabinKrewNBUC #KeselamatanPenerbangan #NBUCTraining"ย
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐'๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐-๐๐
13 March 2023 - Para pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel & Resort Antarabangsa dan Diploma Pengurusan Hotel telah mengadakan program 'The Voyages D'Etudes of Hospitality By ShangRi-La' bertempat di Hotel Shang Ri-La Tuaran, diiringi oleh Cik Dewie Trieana Arfianie Azahar, Pensyarah North Borneo University College. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dua bahagian utama dalam servis perhotelan iaitu 'Housekeeping Department' dan 'Food & Beverage Department.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐)
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebagai sebahagian daripada inisiatif pembelajaran mereka. Antaranya termasuk pameran yang memberi fokus kepada aspek kesihatan, keselamatan, dan nutrisi, yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan kanak-kanak secara menyeluruh.
#NBUC #PendidikanAwalKanakKanak #Kesihatan #Keselamatan #Nutrisi
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
.
16 Mac 2023 - Seramai 13 pelajar dan 2 kakitangan pengiring daripada program Diploma Penyelenggaraan Pesawat telah menjalankan lawatan akademik ke Pasukan Gerak Udara, Pangkalan Sabah. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang tanggungjawab dan peranan penting Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sepanjang lawatan, pelajar berpeluang melihat sendiri tugas-tugas penting anggota penguatkuasa dalam menyelenggara dan membaiki pesawat. Para pelajar dibimbing oleh jurutera yang berpengalaman tentang prosedur penyelenggaraan serta diberi peluang untuk memahami cabaran dalam memastikan pesawat sentiasa dalam keadaan layak terbang. Kami amat berterima kasih kepada Pasukan Gerak Udara, Pangkalan Sabah atas pengalaman dan ilmu berharga yang dikongsikan.
#PasukanGerakUdara #PangkalanSabah
#Aircraft #Aviation #FaES
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Program Malam Citra Borneo merupakan sebuah acara istimewa yang julung kali dianjurkan oleh North Borneo University College (NBUC). Program ini akan berlangsung pada 14 Oktober 2023 bertempat di kampus NBUC.
Malam Citra Borneo bertujuan untuk meraikan keunikan budaya, seni, dan warisan masyarakat Borneo dalam suasana penuh warna dan keindahan. Pelbagai persembahan menarik akan dipersembahkan, termasuk tarian tradisional, nyanyian, dan pameran seni yang mencerminkan kekayaan budaya tempatan.
#MalamCitraBorneo #NBUC #WarisanBorneo #BudayaBorneoย
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ 2019
Syabas dan Tahniah kepada kontinjen North Borneo University College (NBUC) di atas penyertaan kejohanan Sukan MASISWA Zon Sabah 2019 pada 20 - 22 September 2019. Dikejohanan kali ini NBUC telah berjaya merangkul 2 Pingat Emas, 3 Pingat Perak, dan 4 Pingat Gangsa, sekaligus NBUC mendapat tempat ke-3, bagi keseluruhan kejohanan MASISWA 2019.
#SukanMasiswaSabah2019 ย #TuanRumahMASISWA2020ย #RespectAllFearNone
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ 2023
Kejohanan Sukan Masiswa Zon Sabah 2023 bakal menyaksikan pelbagai acara sukan yang menarik dan penuh semangat kesukanan. Antara acara yang akan dipertandingkan termasuk:
Bola Tampar Lelaki/Wanita
Petanque
Bola Jaring
Badminton
Futsal
Dan banyak lagi
#masiswa2023 #NBUC
Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah (KSITS) 2024 - Day 4 (09.05.2024) - Borneo TVET College (BTEC)
Tahniah diucapkan kepada pasukan Takraw dan Bola Tampar Wanita diatas kejayaan memperoleh pingat gangsa bagi kejohanan tersebut.
#NBUC #BTEC #jpsm #KSITSย
Sokongan Akademik dan Kaunseling
Bimbingan Akademik
NBUC menyediakan bimbingan akademik yang membantu pelajar dalam merancang perjalanan pembelajaran mereka. Pensyarah dan tutor yang berpengalaman memberi sokongan secara individu atau berkumpulan bagi memastikan pelajar memahami topik yang sukar dan mencapai kecemerlangan akademik.
Kaunseling Akademik dan Kerjaya
Pelajar boleh mengakses sesi kaunseling untuk berbincang tentang hal-hal yang berkaitan dengan pencapaian akademik, penstrukturan jadual, atau keputusan dalam memilih bidang pengajian. Ini membantu pelajar membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan mereka.
Perkhidmatan Kaunseling Emosi dan Psikologi
NBUC menyediakan kaunseling emosi untuk pelajar yang menghadapi tekanan, kebimbangan, atau masalah peribadi yang boleh menjejaskan kesejahteraan mereka. Kaunselor profesional di NBUC membantu pelajar mengatasi cabaran peribadi dan menjaga kesihatan mental mereka.
Sokongan Pembelajaran
Pelajar juga mempunyai akses kepada perkhidmatan sokongan pembelajaran seperti bengkel, sesi tutorial tambahan, dan sumber dalam talian untuk memperbaiki kemahiran akademik mereka, termasuk kemahiran menulis, pengurusan masa, dan teknik pembelajaran yang berkesan.