Mudahnya Belajar Bersama-Sama!

Laman ini dibangunkan hasil kerjasama 8 orang guru mata pelajaran Fizik & Bahasa Inggeris dengan bantuan pelajar dari 5 buah sekolah dalam Daerah Pasir Gudang bagi Pertandingan Inovasi Peringkat Daerah Pasir Gudang 2021.

Ianya dibina khas sebagai pemudah cara pada para pelajar tingkatan 5 dan guru-guru matapelajaran Fizik memahami topik 7.1 Teori Kuantum Cahaya dalam sukatan KSSM dengan menggunakan visual.

Pelbagai aktiviti kolaboratif dan individu dirangkumkan dalam laman ini untuk kegunaan semua.

Apa tunggu lagi? Jom belajar sama-sama!