Pengenalan

Multimedia Board Sepermai telah ditubuhkan pada Januari 2019 dengan bermula seramai 12 orang ahli pelajar Tingkatan 5. Kemudian, ahli Multimedia Board Sepermai telah bertambah secara mendadak menjadi 65 orang ahli terkini, dan akan terus bertambah. Multimedia Board Sepermai telah diberikan sebuah bilik di SMK Seri Permaisuri, yang mana bilik tersebut telah dinaik taraf menjadi sebuah studio fotografi yang lengkap dan berkemampuan menjalankan pelbagai aktiviti studio mahupun yang berkaitan dengan multimedia.


Penglibatan Multimedia Board Sepermai telah mula mendapat perhatian Tuan Mohd Haizir b Mohd Salleh, Pengetua Cemerlang SMK Seri Permaisuri, dan beliau terus membantu dari pelbagai sudut untuk memajukan lagi Multimedia Board Sepermai. Bakat dan komitmen ahli Multimedia Board Sepermai juga telah diintai oleh Puan Maznah bt Abu Bakar, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dimana beliau juga memainkan peranan dalam mempromosi Multimedia Board Sepermai di kalangan jabatan, pejabat pelajaran wilayah dan sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur.


Kini, Multimedia Board Sepermai telah mula mendapat perhatian, dan diharap Multimedia Board Sepermai akan dapat terus memajukan diri dan mengharumkan nama sekolah secara tidak langsung.