Beliau kini di Kulai, Johor. Berasal dari Tawau, Sabah. Bertugas sebagai Rakan Pembimbing Pedagogi Guru (SISC+) di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai. Telah berkahwin dan dikurniakan dengan2 orang cahaya mata. Pernah menjadi seorang guru Bahasa Inggeris selama 5 tahun di SK Taman Indahpura 1. Mendapat pendidikan awal di SK Tanjung Batu dan seterusnya di SMK Tawau. Menjadi pelatih guru di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa selama 6 tahun, program berkembar dengan University College of St Mark & St John, Plymouth, United Kingdom. Beliau memiliki Google Certified Educator Level 1 dan mahir dalam mengendalikan aplikasi Google untuk pendidikan.
Beliau adalah pengasas kepada mudahmengajar.com, satu blog pembelajaran abad ke 21. Dalam blog ini, pelbagai pengalaman, pandangan serta idea-idea terkini untuk pdpc serta teknologi pendidikan dikongsikan. Oleh sebab sambutan hangat diterima, Group Telegram Mudah Mengajar telah ditubuhkan untuk menggiatkan perkongsian secara maya antara guru-guru seluruh Malaysia. Kini ia sudah mencecah 9200 orang ahli. Beliau juga merupakan pengasas kepada Group Telegram Aplikasi Google dan Chromebook My. Kedua-kedua group ini diwujudkan untuk memacu perkembangan teknologi dalam pdpc serta kemahiran TMK di kalangan pada pendidik. Dengan kepakaran dan usaha beliau, beliau telah dijemput untuk mengadakan bengkel dan seminar di seluruh negera.
Berbekalkan perkongsian saya di laman blog ini, saya mendapat banyak permintaan untuk menganjurkan bengkel dan seminar. Dengan adanya program-program sedemikian, saya dapat tunjukkan secara praktikal bagaimana untuk mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan selaras dengan keperluan PdPc abad ke 21. Sehingga hari ini, saya telah menjayakan bengkel di UTM, SMk Sungai Bayor, SK Sungai Limau, PPD Kuala Langat, SK Sinar Bahagia, Sekolah Rendah Islamiyah Masai, INSPIN Alor Setar dan banyak lagi.