TATATERTIB
FUNGSI 6
FUNGSI 6
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023 :-
3. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan Lembaga Tatatertib yang terdiri daripada anggota yang berikut:-
(a) Yang Dipertua, yang akan menjadi pengerusi
(b) Setiausaha; dan
(c) Seorang Ahli Majlis yang dilantik oleh Majlis untuk menganggotai Lembaga Tatatertib.
(2) Setiap mesyuarat Lembaga Tatatertib hendaklah dipengerusikan oleh Yang Dipertua.
(3) Sekiranya Yang Dipertua tidak dapat mempengerusikan mesyuarat Lembaga Tatatertib, mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh seorang wakilnya yang mana hendaklah seorang Ahli Majlis
Bahagian Integriti melaksanakan proses kerja pengurusan tatatertib berdasarkan carta alir yang dipaparkan.
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023 :-
48. Jika seseorang pegawai yang didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman boleh dikenakan ke atas pegawai itu, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu seperti yang berikut :-
(a) amaran;
(b) denda;
(c) lucut hak emolumen;
(d) tangguh pergerakan gaji;
(e) turun gaji;
(f) turun pangkat; atau
(g) buang kerja.