Mewujudkan budaya hijau dan melestarikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dalam pengurusan mampan disamping kepakaran dalam bidang pengajian masing-masing dan melahirkan pekerja kolar hijau selari dengan matlamat transformasi Politeknik dan Kolej Komuniti serta menjadikan Malaysia negara maju yang berpendapatan tinggi dan rendah karbon pada tahun yang akan datang.
Menjadi rujukan dan panduan kepada semua Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam halatuju strategik pengurusan mampan.
Memastikan bahawa aspek pembangunan mampan sejajar dengan pengurusan strategik Politeknik dan Kolej Komuniti.
Memantapkan dan menambah baik halatuju pengurusan strategik ke arah mencapai pengiktirafan Politeknik dan Kolej Komuniti mampan.
Meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan mampan dan meningkatkan daya saing dalam teknologi hijau di persada antarabangsa.
BSGPC ini secara langsungnya akan menjadi dokumen rujukan kepada semua aktiviti dan program mampan di setiap politeknik dan kolej komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia dan secara tidak langsungnya kepada semua institusi pendidikan yang lain. Sealiran dengan itu, diharapkan agar semua institusi pendidikan dapat memainkan peranan sebagai pusat ilmu untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tertentu, juga tidak ketinggalan dalam bidang lain yang dapat memberi nilai tambah kepada jati diri seperti bidang pengurusan mampan dan komunikasi berkesan. Ini akan dapat memenuhi tuntutan dan keperluan dunia pekerjaan yang semakin mencabar yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental, berdaya saing dan berkeperibadian yang baik agar dapat berinteraksi secara berkesan dan harmoni dengan masyarakat dan persekitaran untuk menjamin keseimbangan, kesejahteraan dan kemampanan hidup.
Alamat Pejabat
10-20, Persiaran Intanova,
Taman Intanova,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan
Hubingi Kami
05-6222134
05-6222.136
adminkktin@kktin.edu.my
Copyright © 2026 SmartGreen KKTI.
All Rights Reserved