Laporan Teknikal Sangkutan Pensyarah di Industri (LTSPI)
Keanggotaan (Panel Penilai):
Seorang Timbalan Pengarah atau Pensyarah Gred DH48 dan ke atas selaku Ketua Panel;
Seorang wakil daripada industri yang berkaitan selaku Ahli Panel; dan
Seorang Ketua Program/Kursus atau pensyarah dalam bidang yang sama Gred DH44 dan ke atas selaku Ahli Panel
Terma Rujukan:
Menyemak LTSPI berdasarkan format yang ditetapkan pihak institusi; dan
Membuat penilaian terhadap LTSPI berdasarkan wajaran pemarkahan yang ditetapkan pihak institusi
Nota:
Method statement adalah penerangan bagaimana tugas dilaksanakan mengikut amalan baik industri termasuk teknologi yang digunakan serta langkah-langkah keselamatan yang diambil.
Markah lulus penilaian LTSPI adalah 50% secara keseluruhan.
Pegawai tetap dianggap gagal sekiranya tidak membuat pembentangan.
Lecturer’s Industrial Sharing Session (LISS)
Merupakan platform bagi perkongsian pengetahuan dan pengalaman pensyarah yang telah melengkapkan sangkutan di industri.
Pensyarah perlu membentangkan apa yang telah dipelajari semasa berada di industri terutamanya dari konteks pencapaian CLO dalam bentuk method statement. Method statement adalah penerangan bagaimana sesuatu tugas dilaksanakan dalam persekitaran sebenar mengikut amalan baik industri termasuk teknologi yang digunakan serta langkah-langkah keselamatan yang diambil.
Panel LTSPI perlu dilibatkan bagi membawa wajaran 40% daripada markah keseluruhan LTSPI.
Nota:
Pegawai tetap dianggap gagal sekiranya tidak membuat pembentangan.