Maklum Balas Pengguna Portal Pendigitalan POLYCC
Sehubungan dengan usaha berterusan memperkukuh pelaksanaan pendigitalan dalam pengurusan peperiksaan dan penilaian di Politeknik dan Kolej Komuniti, pihak kami amat menghargai sekiranya tuan/puan dapat meluangkan sedikit masa untuk memberikan maklum balas berkaitan penggunaan Portal Pendigitalan POLYCC.
Maklum balas yang diberikan adalah sangat penting bagi menilai tahap kebolehgunaan, keberkesanan serta impak portal ini terhadap pelaksanaan tugas harian pegawai peperiksaan, seterusnya membantu penambahbaikan portal secara berterusan.
Semua maklum balas yang diterima akan dirahsiakan dan digunakan bagi tujuan penambahbaikan sistem sahaja.
Sila klik pautan Google Form di bawah untuk mengisi borang maklum balas:
π [https://forms.gle/F3MuZZKeRRaqxWmL7]
Kerjasama dan komitmen tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.