Program Tauliah Industri dan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPTiP)
KPTiP merupakan program di bawah KPT dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam bentuk geran padanan yang menyasarkan latihan kompetensi/ pensijilan profesional berasaskan kepakaran kepada pelajar tahun tiga dan tahun akhir Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Program ini merangkumi latihan pengetahuan dan kemahiran, perkongsian maklumat dan teknologi oleh industri bagi memenuhi kehendak semasa pasaran.
Program KPTiP ini akan menumpukan kepada kemahiran semula atau tambahan (Reskilling / Upskilling) untuk peningkatan kadar kebolehpasaran graduan dan membantu graduan memperoleh pekerjaan dengan kadar gaji yang bersesuaian dengan kelayakan.
Pelajar yang berjaya memperoleh kelulusan program dan menerima pensijilan profesional/ kompetensi akan menerima diskaun bayaran balik sebanyak 50% atau maksimum RM5,000.
PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM KPTiP
Institusi mengisi Borang Permohonan Program KPTiP Lampiran B dan C dengan lengkap.
Hantar Borang permohonan Program KPTiP melalui emel ke pihak PTPTN dan emel dimajukan ke pihak BPS, KPT dan BKIK, JPPKK.
Surat Kelulusan program akan dikeluarkan oleh pihak KPT sekiranya program berjaya melepasi sesi saringan Jawatankuasa Teknikal daripada KPT dan PTPTN.
SLIDE KPTiP - PTPTN