u-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ini adalah inovasi yang diwujudkan hasil sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli konsortium uPustaka.
Keahlian perpustakaan digital ini adalah percuma kepada seluruh rakyat Malaysia dan ahli-ahli boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital.