Pengesahan Kehadiran Penceramah
Ts Hj Ali bin Mamat adalah Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu, yang pernah berkhidmat selama 28 tahun sebagai Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Pensyarah Utama di PKB dan PSMZA, Ketua Jabatan Matemat, Sains dan Komputer serta Ketua Unit Latihan dan Perhubungan Industri di PSMZA dan Pensyarah Politeknik Port Dickson. Kelulusan akademik adalah MSc (Edu. Management) UUM, BE(Agricultural) dan Dip.Engineering (agricultural) UPM.Beliau telah melibatkan diri dalam latihan bidang pengurusan dan pembangunan manusia, latihan di Politeknik/Kolej Komuniti dan menjadi Jurulatih Utama dalam kursus Soft Skills dan kursus Khidmat Masyarakat. Juga terlibat sebagai Penceramah dan Fasilitator Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri dalam program Mahasiswa, Pemimpin Masyarakat dan Remaja. Beliau juga telah mengendalikan berbagai kursus termasuklah Perancangan Srategik, Blue Ocean Strategy, Stress Management, Risk Management, Integrity, Time Management, Kursus Budaya Kerja Cemerlang, Protokol dan Etiket, Kepimpinan Ketua Pelajar, Pengucapan Awam, Kepimpinan MPP UniSZA dan lain-lain dipelbagai agensi kerajaan dan institusi pendidikan.
Dr. Syafizwan Nizam bin Mohd Faroque ...
Mejar (PA) Dr. Hj. Yusni bin Mohamad Yusak adalah Ketua Jabatan, Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (KJSKK), Politeknik Port Dickson (PPD), Negeri Sembilan. Anak kelahiran Sekinchan, Selangor ini diputerakan pada tahun 1975 dan mengikuti pendidikan rendah serta menengah di daerah kelahirannya. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) (Pendidikan Islam) dan Sarjana Pengajian Islam (S.P.I) (Muamalat), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; Bachelor Degree (Jurisprudence and It’s Foundation), Al al-Bayt University, Jordan; Diploma Pendidikan (Bahasa Arab), Maktab Perguruan Islam (MPI), Bangi dan Sijil (Bahsa Arab), Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Pahang. Memulakan perkhidmatan sebagai Pejawat Awam pada tahun Januari 2002 sebagai Pensyarah Pengajian Islam, Unit Pengajian Am, Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB), Selangor. Pernah berkhidmat di Unit Pembangungan dan Penilaian Teknikal (UPPT), Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti (BPKK), KPTM; Bahagian Pembangunan Akademik (BPA), Sektor Pengurusan Kolej Komuniti (SPKK), KPTM; Bahagian Pembangunan Kurikulum, Latihan dan Kerjaya (BPKLK), JPPKK; Bahagian Pembangunan Pelajar (BPPel), JPPKK; Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), JPPKK; Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Selangor dan Politeknik Port Dickson (PPD). Beliau telah diberikan kepercayaan menjawat pelbagai jawatan di pelbagai peringkat iaitu; di institusi (Ketua Unit (KU), Pegawai Perolehan, Ketua Jabatan (KJ)); di jabatan (Penolong Pengarah (PP), Penolong Pengarah Kanan (PPK)); di Government Organization (GO) (Pegawai Kanan Pasukan, (APM), Pegawai Bersekutu (RELA), Pengerusi MBP (APM)); dan Non-Government Organization (NGO) (Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (PKPPNg), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Bendahari, Barakah Global Enterprise (BGE); serta diberikan pengiktirafan sebagai Pakar Rujuk MPU, KPT; Panel Penilai, MQA; Panel Pakar MPU, KUIS serta Panel Kesepakaran, JPPKK. Kepakaran beliau dalam bidang Pembangunan Kurikulum, Kokurikulum (Sukan, Kelab/Persatuan, Unit Beruniform), Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU), Pengajian Islam dan Pendidikan Tahfiz al-Quran. Beliau sering diundang memberikan taklimat, ceramah, seminar dan forum khususnya melibatkan bidang kepakaran yang dimiliki.
Dr Hajjah Salmi Bt Che Meh merupakan Pensyarah Utama dan juga Ketua Unit Penyelidikan Inovasi dan Komersialan di Politeknik Seberang Perai. Beliau telah berkhidmat selama 31 tahun dan mempunyai kelulusan dalam bidang TESL (Teaching of English as a Second Language ) dari University of Kent, United Kingdom, Sarjana Sains Pengurusan dari Universiti Utara Malaysia dan Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Sains Malaysia. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan juga Ketua Jabatan. Beliau juga aktif dalam bidang penyelidikan dimana beliau merupakan Ketua Penyelidik bagi geran FRGS, Editorial Board bagi Research Malaysia Publication, reviewers di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Beliau juga merupakan Pakar Rujuk Teknikal dan juga Panel Kesepakaran bagi Urusan Kenaikan Pangkat Skim Perkhidmatan PPPT. Beliau merupakan ahli jawatan kuasa kurikulum (SubTAC) bagi Jabatan Tenaga Manusia khususnya di Japan Malaysia Technical Institute (JMTI) mulai tahun 2019 sehingga kini. Beliau juga bergiat aktif di dalam aktiviti kemasyarakatan seperti Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan menyampaikan ceramah motivasi di Sekolah-sekolah Menengah di negeri Pulau Pinang.
Dr. Hajah Norhayati binti Zakaria ...
Cr. Dr. Ling Ying Leh menerima ijazah sarjana muda dalam pendidikan dengan pengkhususan dalam bidang bimbingan dan kaunseling (2000) di bawah Universiti Putra Malaysia dan seterusnya pendidikan teknologi maklumat (2005) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seterusnya, Dr. Ling turut dianugerahkan Ijazah Sarjana Pendidikan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2009 dengan pengkhususan dalam pengurusan pendidikan. Disebabkan minatnya untuk meneroka keberkesanan organisasi, beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah dalam bidang kepimpinan dan pengurusan Pendidikan di Universiti Sains Malaysia. Penganugerahan ijazah kedoktoran telah membolehkan beliau terus aktif meneroka dunia penyelidikan khususnya dalam bidang keberkesanan organisasi dan organisasi psikologi. Dr. Ling turut aktif berkongsi ilmu pengetahuan sebagai seorang penceramah dan fasilitator dalam pelbagai program sehingga peringkat antarabangsa. Selain peranan diri beliau sebagai seorang penyelidik, pendidik, dan kaunselor berdaftar, beliau juga merupakan Ketua Editor bagi Jurnal Sains Sosial dan Pendidikan Teknikal, jurnal berwasit dan berindex terbitan Politeknik Kuching Sarawak.
Ts. Dr Segar Rajamanickam PJK, kini berkhidmat sebagai Pensyarah Utama gred DH52, berpengalaman dalam mengajar dalam bidang Mikropemproses, Embedded system application dan sistem Tenaga Boleh Baharu di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Beliau berkelulusan Sijil Kejuruteraan Elektronik Komunikasi dari Politeknik Ungku Omar, Diploma Kejuruteraan Elektronik Komunikasi dari Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah,Jitra Kedah. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Sains Malaysia, Tronoh Perak , Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional dari Universiti Teknologi Tun Hussien Onn dan Sarjana Kedoktoran dalam Kurikulum & Pengajaran dan pengkhususan dalam Pendidikan Kejuruteraan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau mempunyai pengalaman luas selama 11 tahun dalam Industri Elektronik sebagai jurutera kanan sebelum menyertai bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Beliau mula berkhidmat di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh Pulau Pinang sejak tahun 2003 dan kini beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 19 tahun dalam bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik di Politeknik Seberang Perai dan beberapa Universiti Swasta tempatan iaitu Open University Malaysia, Lincoln University College dan Aimst University Malaysia. Beliau dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang( APC) sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2007 dan 2021 di atas prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan awam dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pada tahun 2021, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang menganugerahkan Pingkat Jasa Kebaktian (PJK) terhadap jasa bakti yang telah banyak ditunjukkan serta dilakukan kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Beliau adalah ahli professional berdaftar di bawah Lembaga Teknologis Malaysia yang membawa gelaran sebagai Ts iaitu Pakar Teknologi Profesional. Beliau juga dilantik sebagai panel penilai untuk menjalankan penilaian profesional terhadap Juruteknologi Profesional dan Juruteknik Bertauliah dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Ts. Dr Segar Rajamanickam PJK pernah berkhidmat di pelbagai organisasi seperti Open University Malaysia, AIMST University, Lincoln University College, Agensi Kelayakan Malaysia , MBOT (Lembaga Teknologis Malaysia) dan juga beberapa pertubuhan bukan kerajaan. Beliau berminat dalam bidang Metodologi Penyelidikan, Pendidikan Kejuruteraan dan Bidang teknologi hijau. Beliau terlibat dalam pembangunan kurikulum teknologi hijau sekolah menengah Malaysia projek kerjasama dengan CETREE, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau merupakan salah seorang jurulatih utama Program Transformasi Minda yang dilantik oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jurulatih Utama Kursus Kepimpinan Instruksional & Pembangunan Andragogi di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Malaysia. Beliau adalah merupakan salah seorang panel penilai kesepakaran skim PPPT bagi urusan permohonan kenaikan pangkat skim PPPT. Beliau mempunyai banyak pengalaman selaku penceramah motivasi di sekolah rendah, menengah dan beberapa agensi kerajaan. Beliau mempunyai kepakaran sebagai reviewer jurnal antarabangsa, kebangsaan dan atas keupayaan ini beliau dilantik sebagai session chair beberapa persidangan antarabangsa.
Puan Darni binti Darmin merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak. Beliau telah berkhidmat selama 18 tahun dalam bidang Pendidikan dan mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik & Vokasional dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kepujian) daripada Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (kini UTHM), Parit Raja, Johor. Beliau merupakan Ketua Pusat e-Pembelajaran & Multimedia di PSAS serta bergiat aktif dalam aktiviti e-Pembelajaran samada di peringkat institusi, dalam dan luar negara. Pada tahun 2020, beliau telah dianugerahkan Geran Penyelidikan TVET-ARGS berjumlah RM52,000 bagi menjalankan penyelidikan berkaitan Virtual Reality (VR). Sepanjang perkhidmatan, beliau telah memenangi pelbagai anugerah di antaranya Pemenang Anugerah Pembelajaran Digital CIDOS Inspiring Learning Awards 2022 (Kategori AKREX - Pensyarah) anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Pemenang Tempat Kedua Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif Tahun 2018 (AKRI) (Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya), anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi dan pelbagai lagi pertandingan yang disertai. Beliau juga merupakan pakar rujuk dalam bidang e-pembelajaran serta berpengalaman menulis modul latihan berkaitan Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR).
Dr. Hjh Noreen binti Kamarudin ...
Dr Shahiza Ahmad Zainuddin memiliki kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan Sarjana Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mula berkhidmat sebagai guru di SMK Doktor Megat Khas, Ipoh dan kemudian sebagai pensyarah Bahasa Inggeris di Politeknik Ungku Omar. Dr Shahiza telah menyambung pengajian Doktor Falsafah di LaTrobe University, Melbourne di mana beliau telah mendalami pengkhususan bidang pendidikan Bahasa Inggeris dan TVET. Ilmu pengetahuan yang diperolehi diperkaya dengan latihan dan pengalaman mengajar secara sambilan di institusi awam dan swasta. Beliau memiliki kompetensi sebagai jurulatih Learning Engagement and Motivation (LEM) anjuran AKEPT yang menggalakkan deep learning di kalangan pelajar. Beliau turut aktif menggubal modul latihan dan menjadi jurulatih modul komunikasi berkesan serta kursus pengukuhan Bahasa Inggeris untuk pelbagai kumpulan.
Dr Shahiza kini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah, Unit Pengajian Umum di Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan meliputi dari pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran sehingga penggubalan kurikulum. Berkhidmat di Bahagian Kurikulum memerlukan beliau menjadi pakar dalam bidang kurikulum dari segi penggubalan sehingga semak semula. Dr Shahiza percaya aturan ilmu perlu disampaikan dan bukan hanya disimpan, menggalakkan beliau terlibat dalam memberi latihan pengukuhan kurikulum seperti Outcomes-Based Education (OBE) kepada tenaga pengajar di institusi. Kesungguhan, dedikasi dan minat yang mendalam dalam bidang pendidikan mempengaruhi minat beliau terus belajar, mengeksplorasi ilmu dan konsep baharu pendidikan yang dikembangkan ke rakan-rakan pensyarah di institusi.
Dr. Nursakinah binti Md Salleh memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Beliau mula bertugas sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Pasir Salak khususnya bagi pelajar peringkat Sijil Teknologi Maklumat. Beliau terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti pelajar sebagai penyelaras Jawatankuasa Perwakilan Pelajar selain dilantik sebagai Pegawai Latihan Staf dan kemudian Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi. Beliau turut terlibat secara langsung di dalam program-program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bersama komuniti setempat. Penglibatan ini memupuk minat beliau untuk mendalami dunia PSH dan seterusnya berpeluang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Kedoktoran Pendidikan Dewasa dan Pembelajaran Sepanjang Hayat di University of Warwick, England. Seterusnya, beliau bertugas di Politeknik Mukah, Sarawak dan dilantik sebagai Penyelaras Penasihat Akademik Politeknik. Beliau turut terlibat aktif dalam program penyelidikan dan penulisan sebagai reviewer dan session chair seminar penyelidikan. Kini, beliau bertugas di Unit Penilaian dan Inovasi Kurikulum, Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Beliau menguruskan templat pembangunan dokumen kurikulum dan sistem maklum balas kurikulum di peringkat JPPKK.
MUHAMMAD NAZRI ABDUL HALIM, Ph.D. ialah pensyarah utama di Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB). Beliau telah menamatkan pengajian PhD di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2018. Kajian beliau menumpukan pada pengurusan kepimpinan dan nilai kerja, penyampaian aktiviti Sumber Manusia dan Tanggungjawab Sosial Korporat di syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Awal pembabitan beliau di dalam sektor pendidikan, telah dilantik sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) pada tahun 2004, pernah berkhidmat di Politeknik Port Dickson, Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Seberang Perai dan Bahagian Sumber Manusia, KPT. Selain mengajar sebagai teras utama, beliau memikul tanggungjawab sebagai Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (KUPIK). Beliau merupakan mantan Ketua Jabatan (Sokongan Akademik) di PMJB. Selain itu, beliau juga terlibat secara aktif di dalam semakan kertas penyelidikan dan inovasi penganjuran persidangan penyelidikan peringkat Antarabangsa, Kebangsaan, Zon dan Institusi. Beliau juga adalah ahli Persatuan Kedoktoran Teknikal Malaysia dan bergiat aktif di dalam penganjuran persidangan penyelidikan dan inovasi sebagai Reveiwer, Moderator dan Jury. Beliau juga berpengalaman dalam penggunaan aplikasi perisian seperti SPSS dan Smart PLS. Beliau turut aktif sebagai Ahli Panel Penilai Akreditasi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Pemasaran, Ahli Subcommitee JPPKK dan Pensyarah Rujukan Pembinaan Item Penilaian (PRIP).
Hajjah Norbaya binti Mhd Simin telah berkhidmat selama 30 tahun 1 bulan dalam sistem pendidikan Politeknik dengan menyandang jawatan terakhir sebagai Pensyarah Utama (DH54) di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dan kini telah besara pilihan pada 1 oktober 2021. Beliau adalah seorang yang sangat aktif dalam menghasilkan inovasi dengan merangkul sebagai Johan, Anugerah Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi 2015(AIKPT) kategori TVET. Beliau juga memenangi tempat pertama (Teaching and Learning) National Innovation Competition 2018. Pencapaian keseluruhan beliau dalam pertandingan inovasi adalah 9 pingat emas dan 4 pingat perak. Sepanjang perkhidmatan beliau tidak jemu-jemu berkecimpung dalam bidang kurikulum sejak di gred 41 hingga ke gred 54. Beliau juga adalah HRDF Certified Trainer, Certified Associate Coach, Pensyarah Rujukan Bidang, Panel Penilai Akreditasi MQA, Ahli Sub Committee kurikulum Politeknik dan Kolej Komuniti, Penceramah (PPK, KIPA, CPCM, Refresher) dan master trainer OBE. Beliau telah dianugerahkan pingat darjah kebesaran SAP dan AMP dari Negeri Pahang.
MEJAR BERSEKUTU (PA) Ts. DR. HJ. ZUNUWANAS BIN MOHAMAD adalah Pensyarah Utama Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).Beliau telah berkhidmat selama 22 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah di Politeknik Bagan Datuk (PBD) dan Pensyarah kanan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) dan Ketua Program Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) di Politeknik Sultan Saalhuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Kelulusan akademik adalah Doktor Falsafah (Pendidikan Teknik dan vokasional) (Laboratory Engineering Management) – UKM (2013), Sarjana Pendidikan – UTM (1999), Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Eletrik (Elektronik Perubatan) – UTM (1997) dan Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) PKB (1994). Bidang kepakaran adalah Kejuruteraan Elektronik Perubatan khususnya teknologi rehabilitasi dan projek. Beliau banyak terlibat dengan penyelidikan dan inovasi peringkat politeknik, kebangsaan dan antarabangsa. Beliau aktif dalam badan professional seperti MBOT & BEM. Selain daripada itu beliau juga aktif memberikan syarahan dan ceramah bagi pembangunan produk inovasi dan penulisan kajian ilmiah.
Tn. Hj. Salehan bin Marsim, berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau mula berkhidmat di Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Januari 1998 hingga tahun 2012, dan kemudian berkhidmat di Politeknik Sultan Azlan Shah pada 2012 hingga kini.
Sejarah Perkhidmatan:
2021 - kini : Pensyarah, Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.
2013 - 2021 : Ketua Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.
2012 : Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.
2009 - 2011 : Ketua Unit Peperiksaan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
1998 - 2008 : Pensyarah, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
Dilantik sebagai PRiP bagi tempoh 1 Disember 2021 - 1 Disember 2023
Dilantik Sebagai Penceramah KIPA bagi tempoh berikut:
- Oktober 2021
- April 2019
- September 2018
- Ogos 2018
- Julai 2017
- Mei 2017