Dasar & Garis Panduan ICT 

Sektor Awam

PENGENALAN

Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam mengandungi arahan, peraturan dan panduan yang mesti dibaca dan dipatuhi oleh agensi Kerajaan dalam melaksanakan pembangunan perkhidmatan ICT Kerajaan. 

TUJUAN

Tujuan Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam digubal adalah bagi menyatakan peranan dan tanggungjawab pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan melaksanakan pembangunan perkhidmatan ICT Kerajaan. Agensi Kerajaan bertanggungjawab mematuhi akta, dasar dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan urusan maklumat Kerajaan melalui penggunaan teknologi digital. 

TAKRIFAN

Takrifan yang diguna pakai dalam Dasar dan Garis Panduan ICT Sektor Awam adalah seperti DASAR, STANDARD, GARIS PANDUAN DAN PROCEDUR

DASAR

Dasar ialah satu kenyataan rasmi, ringkas, dan peringkat tinggi atau pelan yang merangkumi kepercayaan umum sesuatu organisasi, tujuan, objektif, dan prosedur mengikut bidang yang ditetapkan. Dasar menyatakan tindakan yang perlu dilaksanakan dan wajib dipatuhi. Ia memberi tumpuan kepada keputusan dan bukan cara pelaksanaan.

STANDARD

Standard ialah aktiviti, tindakan, undang-undang atau peraturan mandatori yang direka untuk menyediakan struktur sokongan dan hala tuju spesifik yang diperlukan oleh dasar untuk menjadikannya bermakna dan efektif. 

GARIS PANDUAN

Garis panduan ialah pernyataan umum yang direka untuk mencapai objektif dasar dengan menyediakan rangka kerja bagi pelaksanaan prosedur. Garis panduan merupakan suatu cadangan pelaksanaan. 

PROCEDUR

Prosedur memperincikan arahan yang telah ditetapkan dalam dasar serta standard dan garis panduan yang menyokong dasar tersebut dilaksanakan dalam persekitaran yang dikendalikan.

KATEGORI DAN BIDANG ICT

Dasar dan garis panduan ICT dikeluarkan dalam tiga kategori utama seperti yang berikut:



DKICT KPT - Versi 1.1.pdf

dasar keselamatan icT

Pelan Strategik ICT JPPKK 2018-2022.pdf

PELAN STRATEGIK ICT JPPKK

Polisi Keselamatan Siber.pdf

POLISI KESELAMATAN SIBER

2006-SPA_BIL4-Pengurusan_Pengendalian_Insiden_Keselamatan_Teknologi_Maklumat_ICT_Sektor_Awam.pdf

PENGURUSAN PENGENDALIAN INSIDEN KESELAMATAN ICT