Syarat-syarat abstrak:
a. Abstrak boleh ditulis sama ada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Sekiranya ditulis dalam Bahasa Melayu, semua terma dalam bahasa lain yang digunakan tanpa diterjemahkan dalam Bahasa Melayu hendaklah disengetkan (Italic), dan ditulis dalam satu perenggan sahaja dengan tidak melebihi 300 patah perkataan (tidak termasuk tajuk, nama pembentang dan ahli kumpulan, affiliasi ahli kumpulan, maklumat komunikasi (koresponden), pernyataan penerbitan sebelum ini dan katakunci).
b. Format penulisan abstrak adalah bebas, tetapi mestilah mengandungi pengenalan tentang topik, objektif kajian/pembentangan, maklumat tentang metadologi, hasil dan penemuan, perbincangan dan kesimpulan.
c. Nama pembentang hendaklah diletakkan sebagai nama pertama dalam senarai ahli kumpulan dan hendaklah digariskan.
Syarat-syarat poster:
a. TIADA POSTER FIZIKAL akan dipamerkan. SEMUA poster hanya akan dipamerkan secara Digital melalui paparan Smart TV 60inci ( landscape orientation ). Sediakan Resolusi yang bersesuaian
bagi memberikan visual yang berkualiti.
b. Setiap peserta mesti bersedia sewaktu penjurian dijalankan dan sewaktu lawatan perasmi ke ruang pameran.
c. Paparan semua poster hendaklah self-explained.
d. Tempoh pembentangan setiap poster adalah selama 7 minit dan 3 minit tambahan diperuntukkan untuk sesi soal jawab.
Syarat-syarat pembentangan oral:
a. Paparan pembentangan hendaklah disediakan dalam fail berformat Microsoft PowerPoint (.ppt atau .pps atau .pptx atau .ppsx)
b. Paparan hendaklah berasaskan screen show bersaiz 16:9 (landscape).
c. Peserta diberi masa 7 minit untuk pembentangan dan 3 minit tambahan diperuntukkan untuk sesi soal jawab.
11. Keputusan juri adalah muktamad dan tidak boleh dibantah ataupun dirayu.