Penyakit berjangkit yang tersenarai dalam Jadual 1 (Pindaan 2016) perlu dibuat notifikasi mengikut tempoh yang ditetapkan. Kes-kes yang dinotifikasi perlu dibuat input ke dalam sistem e-Notifikasi (http://enotifikasi.moh.gov.my/Login.aspx) dalam Minggu Epid (ME) yang sama. Ini adalah mustahak untuk pemantauan kes penyakit berjangkit dalam ME semasa.
Selaras dengan perintah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (Pindaan Jadual Pertama) 2016; supaya semua kewujudan penyakit berjangkit diberitahu dengan segera. Data notifikasi yang dimasukkan melalui e-Notifikasi di peringkat fasiliti pemberitahu (klinik/hospital kerajaan atau swasta) boleh dicapai terus ke peringkat daerah, bahagian, negeri dan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan pengawasan dan pengawalan di samping menghasilkan laporan dan data untuk penganalisaan. Ini membolehkan satu sistem amaran awal sebelum terjadinya sesuatu wabak. Sistem ini juga memudahkan aktiviti pengawasan, pengawalan dan penyebaran maklumat dengan lebih tepat, pantas dan efektif.
Berikut adalah senarai penyakit yang perlu dinotifikasi kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah/Bahagian:
Sila tekan link di bawah untuk muat turun borang manual
Borang Notifikasi Penyakit Berjangkit dan Borang Manual (manual form)
No. telefon PKD Hilir Perak
05-622 1011
No. telefon PKD Bagan Datuk
05-648 7450
No. telefon PKD Manjung
05-691 3355
No. telefon PKD Muallim
05-452 0814
No. telefon PKD Perak Tengah
05-371 1891
No. telefon PKD Batang Padang
05-401 1342
No. telefon PKD Kampar
05-466 7052
No. telefon PKD Kinta
05-365 2062
No. telefon PKD Kerian
05-716 2355
No. telefon PKD Larut Matang Selama
05-807 2027
No. telefon PKD Kuala Kangsar
05-776 3355
Akta & Garis Panduan Penyakit Berjangkit