Pengenalan TDS-M
Terengganu Database Sistem - Mental (TDS-M) dibangunkan sebagai sebuah platform bersepadu untuk menyelaras, menyimpan dan memantau maklumat berkaitan kes kesihatan mental di negeri Terengganu.Â
Portal ini diwujudkan khusus bagi memudahkan akses petugas kesihatan kepada data terkini, meningkatkan keberkesanan proses rujukan serta memperkukuh pengurusan intervensi rawatan.
Melalui sistem ini, semua maklumat berkaitan pesakit, trend kes, dan laporan analitik dapat dikongsi secara lebih teratur, telus dan selamat, seterusnya menyokong usaha memperkukuh sistem kesihatan mental dan mempercepatkan tindakan susulan yang lebih berfokus serta berkesan.