VISI,MISI,OBJEKTIF DAN PIAGAM PELANGGAN UNIT LATIHAN
VISI
Menuju ke arah sebuah unit latihan yang signifikan dan holistik bagi memacu pembangunan prestasi dan kemahiran semua anggota Hospital Tuaran.
MISI
Menyediakan peluang latihan yang terancang bersesuaian dengan kepentingan jabatan secara adil dan telus.
Untuk menjadikan tenaga kerja Hospital Tuaran berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam menuju kecemerlangan dalam perkhidmatan melalui latihan yang disediakan.
Memastikan Hospital Tuaran merupakan tempat latihan yang kondusif.
OBJEKTIF
Membantu dan memudah cara anggota Hospital Tuaran dalam urusan berkaitan latihan serta memantau agar semua anggota hospital memperolehi peluang-peluang mengikuti latihan / bengkel / konferens samada di peringkat dalaman / dalam negara / luar negara dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan kompetensi diri dan organisasi.
PIAGAM PELANGGAN
Memastikan semua kakitangan Hospital Tuaran mencapai 7 hari berkursus setahun.
Memastikan sekurang-kurangnya semua pegawai klinikal mencapai minima mata kredit CPD mengikut skim jawatan
Memastikan kakitangan baharu menghadiri program orientasi dalam tempoh 3 bulan selepas melapor diri di hospital